Fosil Hidup | |
Evolusionis mendakwa spesies-spesies terus berubah kepada spesies-spesies lain. Tetapi, apabila kita membandingkan benda hidup dengan fosilnya, kita akan dapat melihat bahawa ia tidak berubah sejak berjuta-juta tahun. Kenyataan ini merupakan bukti yang jelas kepada kesilapan dakwaan evolusionis. | |
![]() | ![]() |
Herring | |
![]() | ![]() |
Sea Urchin | |
![]() | ![]() |
Sequoia Leaf | |
![]() | ![]() |
Veevil | |
![]() | ![]() |
Sun Fish | |
![]() | ![]() |
Juvenile Rabbit | |
Menurut teori evolusi, setiap spesies hidupan telah melompat dari satu kedudukan. Spesies ini berubah menjadi suatu yang lain dalam suatu masa dan semua hidupan berubah dengan cara ini. Mengikut teori ini lagi, perubahan ini terpaksa melalui berjuta-juta tahun.
Jika demikian, pastinya terdapat berbagai spesies perantaraan yang wujud dan hidup di dalam jangka masa perubahan ini.
Sebagai contoh, terdapatnya haiwan separuh-ikan/separuh reptilia yang pernah hidup di masa lampau dan mempunyai sifat-sifat reptilia sebagai tambahan sifat-sifat ikan yang telah sedia dimilikinya. Atau, mungkin juga terdapat haiwan separuh-reptilia/separuh-burung yang mempunyai sifat-sifat burung sebagai tambahan kepada sifat-sifat reptilia yang telah ada padanya. Para evolusionis merujuk kepada makhluk khayalan ini yang mereka percaya pernah hidup pada masa lampau, sebagai "formasi perantaraan" (transitional forms).
Jika benarlah haiwan-haiwan seperti ini pernah wujud, maka pasti terdapat berjuta-juta malah berbilion-bilion dari segi jumlah dan jenis-jenisnya. Yang lebih penting ialah, sisa haiwan-haiwan aneh ini seharusnya terdapat di dalam rekod-rekod fosil. Jumlah formasi-formasi perantaraan ini sepatutnya lebih banyak daripada spesies yang ada sekarang dan saki-bakinya sepatutnya mudah didapati di seluruh pelosok dunia. Di dalam buku The Origin of Species, Darwin menjelaskan:
Sekiranya teori saya ini benar, pasti terdapat jenis-jenis perantaraan yang menghubungkan hampir semua spesies dari kumpulan yang sama… Oleh itu, bukti-bukti kewujudan haiwan-haiwan ini sepatutnya hanya dapat ditemui di kalangan saki baki fosil.19
Ternyata, Darwin sendiri sedar akan ketiadaan formasi perantaraan ini. Beliau hanya berharap agar ia akan ditemui pada masa hadapan. Di samping, harapannya yang sia-sia itu, dia sedar bahawa halangan terbesar di dalam teorinya ialah kehilangan formasi perantaraan ini. Oleh itu, di dalam bukunya, The Origin of Species dia mencatatkan di bawah tajuk "Difficulties of The Theory" – Kesukaran Teori Ini:
…Mengapa, sekiranya spesies-spesies mewarisi dari spesies lain secara beransur-ansur, kenapa kita tidak dapat menemui kesan saki baki formasi perantaraan ini di mana-mana? Kenapa tidak semua alam semula jadi di dalam kekeliruan, sebagai ganti spesies hidupan, yang dapat kita lihat mereka tertakrif dengan sempurna?... Berdasarkan kepada teori ini, berbagai-bagai formasi perantaraan pasti telah wujud, tetapi, kenapa kita masih tidak menemuinya tertanam dengan banyaknya di dalam kerak bumi?... Tetapi di dalam kawasan pertengahan, yang mempunyai keadaan hidupan pertengahan, kenapa kita tidak menemui kini jenis-jenis perantaraan yang berhubung rapat? Kesukaran ini telah lama membingungkan saya.20
Penjelasan mudah yang dapat Darwin kemukakan untuk melawan bantahan ini ialah dengan mendakwa bahawa rekod-rekod fosil yang telah ditemui setakat ini masih tidak mencukupi. Beliau mendakwa apabila rekod-rekod fosil telah dikaji dengan teliti, rantai yang hilang ini akan ditemui.
Kerana meyakini ramalan Darwin ini, maka para evolusionis telah mencari fosil dan menggali untuk mendapatkan rantaian yang hilang ini semenjak pertengahan kurun ke-19 di seluruh pelosok dunia. Hasil daripada usaha gigih mereka ini, tiada satu pun formasi perantaraan yang berjaya ditemui. Semua fosil yang digali dalam misi penggalian menunjukkan bahawa hidupan telah muncul di bumi secara mendadak dan di dalam format yang sempurna, ia sama sekali bertentangan dengan kepercayaan evolusionis, dalam cubaan untuk membuktikan teori mereka, evolusionis telah sebaliknya menyebabkan kehancuran teori ini.
Seorang ahli paleontologi British terkenal, Derek V. Ager, mengakui kenyataan ini walau pun beliau adalah seorang evolusionis:
Kenyataannya ialah, sekiranya kita mengkaji rekod fosil dengan teliti, samada pada peringkat susunan atau spesies, kita akan terus mendapati bukannya evolusi beransur-ansur, tetapi ledakan mendadak sebuah kumpulan pada kawasan yang lain.21
Seorang lagi ahli paleontologi evolusionis, Mark Czarnecki memberikan komentar beliau seperti berikut:
Masalah utama dalam membuktikan teori ini ialah rekod fosil; tekapan (imprinting) spesies yang telah pupus yang terawet di dalam formasi geologi bumi. Rekod ini tidak pernah menjurus kepada hipotesis Darwin tentang varian pertengahan - sebaliknya ia menunjukkan bahawa spesies ini muncul dan hilang secara mendadak dan kesilapan ini telah menguatkan dakwaan bahawa setiap spesies ini telah diciptakan oleh Tuhan.22
Mereka juga terpaksa berhadapan dengan kesia-siaan menanti formasi perantaraan yang "hilang" untuk ditemui semula di masa hadapan, seperti yang dijelaskan oleh seorang profesor paleontologi daripada Universiti Glasgow, T. Neville Geoge:
Tidak perlu lagi merasa kesal kerana kepapaan rekod fosil ini. Dari segi lain, ia telah menjadi teramat kaya dan menemui adalah integrasi yang tidak terkira banyaknya... Rekod fosil terus digubah daripada jurang-jurang ini.23
Apabila lapisan daratan bumi dan rekod fosil telah dikaji, di dapati semua benda hidup telah muncul serentak. Lapisan bumi tertua yang telah ditemui padanya berbagai fosil hidupan, ialah lapisan Cambrian, yang dianggarkan berusia 500-550 juta tahun dahulu.
Hidupan yang ditemui di lapisan kepunyaan Zaman Cambrian ini telah muncul secara mendadak di dalam rekod fosil – tidak terdapat sebarang moyang pra-wujud. Fosil-fosil yang ditemui di dalam batu Cambrian adalah kepunyaan siput, trilobit (trilobite), span (sponge), cacing tanah, obor-obor, landak laut, dan beberapa invertebrat kompleks lain. Mozek luas organisma hidup yang terhasil daripada sejumlah makhluk-makhluk yang kompleks ini telah terbentuk dengan begitu mendadak sehingga peristiwa ajaib ini digelar sebagai "Ledakan Cambrian" (Cambrian Explosion) di dalam ilmu geologi.
Kebanyakan formasi hidupan yang ditemui di lapisan ini mempunyai sistem-sistem yang kompleks seperti mata, insang, sistem perkumuhan, dan struktur fizikal yang maju tidak berbeza dengan jenisnya yang moden. Sebagai contoh, lensa berkembar yang menyisir struktur mata trilobit adalah sebuah bentuk yang menakjubkan. David Raup, seorang profesor geologi di Universiti Harvard, Rochester dan Chicago, menyatakan: "trilobit- trilobit ini menggunakan sebuah bentuk optimum yang memerlukan seorang jurutera beroptikal yang terlatih dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi untuk membentuknya kini."24
Mata Trilobit | |
![]() | A. The Eye of Trilobite Trilobit yang muncul pada zaman Cambrian secara mendadak, mempunyai struktur mata yang amat kompleks. Mengandungi berjuta-juta bahagian yang berbentuk sarang lebah dan sistem lensa berkembar, mata ini "menggunakan sebuah bentuk optimum yang memerlukan seorang jurutera beroptikal yang terlatih dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi untuk membentuknya kini" di dalam ucapan David Raup, seorang profesor geologi. |
Mata ini telah terbentuk 530 juta tahun dahulu di dalam keadaan yang sempurna. Tidak dapat diragui lagi, kemunculan mendadak sebuah rekaan yang hebat ini tidak mungkin dapat dijelaskan oleh evolusi dan ia membuktikan kebenaran ciptaan. Tambahan pula, struktur mata trilobit yang seperti sarang lebah ini telah berjaya mengekalkannya hingga kini tanpa sebarang perubahan. Beberapa jenis serangga seperti lebah dan pepatung mempunyai struktur mata yang sama seperti trilobit.* Situasi ini telah membatalkan tesis evolusi yang menyatakan bahawa benda hidup telah berubah secara progresif daripada primitif kepada kompleks. (*) R.L.Gregory, Eye and Brain: The Physiology of Seeing, Oxford University Press, 1995, p.31 |
Invertebrat-invertebrat kompleks ini telah muncul secara mendadak dan sempurna tanpa ada sebarang rantaian atau formasi perantaraan di antara mereka dan organisma-organisma ekasel (satu sel), yang merupakan satu-satunya bentuk hidupan di bumi sebelum mereka.
Richard Monartersky, editor majalah Earth Sciences, yang merupakan sebuah penyiaran evolusi yang popular, mengeluarkan kenyataan berikut berkaitan dengan "Ledakan Cambrian" yang menjadi kejutan kepada para evolusionis:
Setengah juta tahun dahulu, bentuk-bentuk haiwan yang amat kompleks yang dapat kita lihat kini telah muncul secara mendadak. Pada ketika ini, di awal Zaman Cambrian Bumi, sekitar 550 juta tahun dahulu, menandai ledakan evolusi yang memenuhi laut-laut dengan makhluk-makhluk pertama dunia yang kompleks. Filum haiwan besar hari ini telah pun ada pada Zaman Cambrian dan ia adalah berbeza di antara satu sama lain seperti sekarang.25
Bagaimana bumi boleh dilimpahi dengan sejumlah besar spesies-spesies haiwan semuanya secara mendadak dan bagaimana jenis-jenis spesies yang berbeza tanpa moyang yang sama ini dapat muncul, adalah sebuah persoalan yang masih tidak dapat dijawab oleh evolusionis. Ahli zoologi Oxford, Richard Dawkins, salah seorang evolusionis yang terkemuka di seluruh dunia, mengeluarkan komentarnya terhadap kenyataan ini yang membatalkan dakwaan yang paling asas yang pernah dipertahankannya dahulu:
Sebagai contoh lapisan batu Cambrian, jangka masa sekitar 600 juta tahun dahulu, adalah yang tertua di mana kita dapat menemui sebahagian besar kumpulan invertebrat yang asas. Dan kita dapati kebanyakannya telah berada pada peringkat evolusi yang maju sejak mula muncul lagi. Seolah-olah mereka telah tumbuh di situ, tanpa sebarang sejarah evolusi. Tidak perlu disebutkan lagi, kemunculan mendadak ini telah menerima ciptaan (telah diciptakan).26
Interesting Spines | |
![]() | ![]() |
One of the creatures that suddenly emerged in the Cambrian Age is Hallucigenia (above, left). This and many other Cambrian fossils have hard, sharp spines to protect them from attack. One thing that evolutionists cannot account for is how these creatures should have such an effective defense system when there were no predators around. The lack of predators makes it impossible to explain these spines in terms of natural selection. |
Seperti yang telah ditegaskan oleh Dawkin, Ledakan Cambrian adalah bukti ciptaan paling kukuh, kerana hanya ciptaan dapat menjelaskan kemunculan bentuk hidupan yang sempurna di muka bumi. Douglas Futuyma, seorang ahli biologi evolusionis terkemuka, mengakui kenyataan ini dan menyatakan; "Organisma, samada ia muncul di muka bumi dalam keadaan bentuk yang sempurna atau tidak. Sekiranya tidak, pasti mereka telah berubah daripada spesies-spesies pra-wujud oleh satu proses pengubahsuaian. Sekiranya, mereka memang muncul dalam peringkat pembentukan yang sempurna, pasti mereka sebenarnya telah diciptakan oleh suatu kebijaksanaan yang amat luar biasa."27 Darwin sendiri menyedari kebarangkalian ini apabila beliau menulis; "Jika banyak spesies, kepunyaan genus atau keluarga yang sama, telah benar-benar mula hidup serentak, kenyataan ini akan menjadi satu fatal kepada teori keturunan dengan pengubahsuaian perlahan-lahan melalui pilihan semula jadi."28 Ledakan Cambrian tidak lain adalah "pukulan maut" Darwin. Kerana itulah seorang ahli paleontologi evolusionis Swiss, Stefan Bengston, mengakui kelemahan rantaian perantaraan ini ketika beliau menghuraikan Zaman Cambrian dan menyatakan; "Kekeliruan (dan memalukan) kepada Darwin, kejadian ini masih mengerikan kami."29
Seperti yang dapat dilihat, rekod fosil telah membuktikan bahawa benda hidup tidak berubah daripada bentuk primitif kepada bentuk yang lebih maju, tetapi sebaliknya telah muncul secara mendadak dan pada satu peringkat yang sempurna. Kesimpulannya, benda hidup tidak wujud secara evolusi, mereka telah diciptakan.
19 Charles Darwin, The Origin of Species: A Facsimile of the First Edition, Harvard University Press, 1964, p. 179.
20 Ibid, pp. 172, 280.
21 Derek V. Ager, "The Nature of the Fossil Record", Proceedings of the British Geological Association, Vol 87, 1976, p. 133.
22 Mark Czarnecki, "The Revival of the Creationist Crusade", MacLean's, January 19, 1981, p. 56.
23 T. Neville George, "Fossils in Evolutionary Perspective", Science Progress, Vol 48, January 1960, pp. 1, 3.
24 David Raup, "Conflicts Between Darwin and Paleontology", Bulletin, Field Museum of Natural History, Vol 50, January 1979, p. 24.
25 Richard Monastersky, "Mysteries of the Orient", Discover, April 1993, p. 40.
26 Richard Dawkins, The Blind Watchmaker, London: W. W. Norton 1986, p. 229.
27 Douglas J. Futuyma, Science on Trial, New York: Pantheon Books, 1983, p. 197.
28 Charles Darwin, The Origin of Species: A Facsimile of the First Edition, Harvard University Press, 1964, p. 302.
29 Stefan Bengston, Nature, Vol. 345, 1990, p. 765.