Ragaimana Tumbuh Tumbuhan Berwarna-Warni Tumbuh Daripada Tanah

Ibu kamu menyediakan makanan setiap malam dan menghidangkannya di atas meja. Terdapat berbagai jenis sayur-sayuran di atas meja. Pernahkah kamu terfikir dari mana ia datang?

Semua tumbuhan, sayur-sayuran, buah-buahan tumbuh dari tanah yang hitam. Jadi, bagaimana bunga mawar yang harum atau durian, atau limau berbau harum dapat tumbuh daripada tanah hitam, yang berbau busuk?

Setiap tumbuhan, sayur-sayuran, bunga dan buah-buahan mempunyai bau, warna dan rasa yang berbeza. Buah epal, kurma, tembikai, limau, belimbing, pisang, anggur dan buah ara (tin), setiap satunya mempunyai rasa, bau dan bentuk yang berbeza. Allah menjadikan semuanya untuk kita. Semuanya menyelerakan, dan juga, mempunyai vitamin dan galian yang amat kita perlukan. Contohnya, buah limau manis, limau mandarin dan limau pahit, mempunyai vitamin C yang tinggi. Vitamin C meningkatkan kekuatan kita menghadapi penyakit demam. Apabila cuaca menjadi sangat panas yang menyebabkan kita kehilangan air, kita dapat mengantikan air dengan bantuan buah-buahan seperti tembikai dan tembikai susu.

meyveler

Ini semua tidak berlaku secara kebetulan. Tembikai tidak memilih sendiri untuk tumbuh. Begitu juga rasa dan bau, ia tidak berlaku dengan sendirinya. Tiada buah yang dapat memilih baunya sendiri. Contohnya, bolehkah buah limau memilih, “biar bau saya seperti ini”, “saya nak berwarna oren”, “saya mahu rasa manis”, “saya hendak bungkus tubuh saya dengan kulit” dan “bentuk saya berulas supaya manusia mudah makan”?

Sudah tentu tidak!

Allah menjadikan buah buahan untuk manusia dengan ciri-ciri tertentu supaya ia lebih bermanfaat kepada mereka, supaya mereka terus kuat dan sihat, dan dapat menikmati buah yang mereka makan. Kerana itu, setiap kali kita memakan sesuatu yang kita gemari, jangan sesekali lupa, Allah telah menjadikannya dan memberikannya kepada kita. Kita mesti bersyukur kepada Allah untuk semua benda indah yang telah diberikan dan tunjukkan kepada kita.