Kesimpulan

Adik-adik, inilah penghujung perjalanan kita di angkasa. Sepanjang perjalanan ini, kamu menyaksikan keindahan ciptaan alam dan kamu melihat ia sangat seimbang, Bumi adalah sebuah planet yang dijadikan istimewa untuk kita di alam semesta ini. Sekarang mari kita semak semula secara ringkas apa yang telah kita lalui di dalam buku ini. Bumi kita terletak di dalam angkasa yang tetap, sejuk dan tiada hidupan. Jika kita bandingkan angkasa ini dengan gurun luas yang kering, kita boleh ibaratkan planet kita sebagai sebuah istana di gurun ini. Istana ini melindungi kita daripada ribut gurun dan kepanasan melampau, dan memberikan kita apa sahaja yang kita perlukan. Seperti istana di gurun ini, Bumi ialah istana kita di angkasa. Seperti sebuah kapal angkasa yang berjalan melalui angkasa, ia memelihara kita daripada bahaya angkasa. Di sini, terdapat banyak benda, air, udara dan segala yang kita perlukan. Sebuah istana tidak akan muncul di gurun secara spontan. Begitu juga dengan planet kita. Jelaslah bahawa Bumi ini adalah satu petanda penciptaan agung.

Tambahan pula, berjuta keseimbangan halus, selain daripada apa yang telah kamu pelajari di dalam buku ini, wujud di dalam cakerawala ini. Apa yang telah kita saksikan di sini sahaja telah membuktikan bahawa sama ada alam ini atau Bumi tidak mungkin muncul oleh satu siri kebetulan berperingkat.

Sekali lagi, semua ini menunjukkan satu fakta jelas. Allah, Tuan Punya Kuasa Tidak Terbatas dan Maha Kuasa, telah menjadikan alam ini, bintang-bintang, planet-planet, gunung ganang dan lautan dalam kesempurnaan, dan memberikan kehidupan kepada manusia dan semua hidupan. Ciptaan sempurna Allah ini digambarkan di dalam Al-Quran seperti berikut:

(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan kukuh)!

Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnakannya,

Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.

Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya),

Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;

Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);

(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu. (Surah An-Naazi’aat:27-33)

Adik-adik! Ingat selalu bahawa Allah menjadikan kamu dan semua yang kamu miliki. Semuanya adalah nikmat daripada Allah. Kamu mesti sentiasa ingat kebenaran ini, fikirkan tentang nikmat-nikmat yang kamu kecapi dan bersyukurlah kepada Allah di atas segalanya.

Malaikat itu menjawab:
"Maha suci Engkau (Ya Allah)!
Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang
Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya
Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
(Surah Al-Baqarah:32)