Konklusi: Paya Darwinisme Yang Mesti Dikeringkan

Sepanjang sejarah telah berlaku banyak peperangan, penindasan, pembunuhan dan konflik. Tetapi punca yang menyebabkan jumlah dan bilangan tragedi ini bertambah dengan begitu hebat pada abad lepas ialah justifikasi saintifik Darwinsme salah yang membawa kepada pembunuhan, penindasan dan konflik. Dakwaan Darwinisme yang sama sekali salah tentang alam semula jadi adalah selaras dengan nada ideologi-ideologi ini, ideologi-ideologi pembunuh ganas, diktator dan sadis dapat membuktikan bahawa tindakan mereka adalah betul dan dapat mewajarkannya dengan menyatakan "undang-undang semula jadi juga berlaku kepada masyarakat" seperti polisi-polisi mereka.

Hari ini teori evolusi masih dipertahankan untuk sebab-sebab falsafah dan ideologi. Kolonialisme yang telah meledak bersama dengan teori evolusi ini pada abad ke-19, Nazi Jerman, dan Soviet Union hanya tinggal sejarah. Tetapi falsafah materialisme-Darwinisme yang menjadi asas utama mereka masih terus dipertahankan oleh beberapa golongan, dan kesan kemusnahan falsafah ini masih berlaku di seluruh dunia.

Dengan mengetepikan kenyataan bahawa beliau adalah seorang evolusionis, Kenneth J. Hsu telah menulis seperti berikut tentang tragedi yang telah dibawakan oleh Darwinisme kepada manusia:

Kita adalah mangsa kepada satu ideologi sosial kejam yang mendakwa bahawa persaingan di antara individu-individu, kelas-kelas, bangsa-bangsa, dan kaum-kaum, adalah keadaan semula jadi kehidupan, dan adalah semula jadi juga bagi mereka yang superior untuk menindas mereka yang inferior… Undang-undang pilihan semula jadi bukan sains. Ia adalah satu ideologi, dan ia adalah satu ideologi yang kejam…136

Sememangnya, tindakan berjaga-jaga dari segi perundangan dan fizikal perlu diambil. Tetapi tindakan-tindakan ini hanya dapat menutup luka-luka yang disebabkan oleh ideologi-ideologi ini. Penyelesaian yang kukuh terletak kepada satu rawatan kebudayaan dan saintifik. Dengan kemusnahan Darwinisme daripada kaca mata kebudayaan dan saintifik, falsafah-falsafah yang membina kekuatan mereka di atasnya juga akan lenyap, dan ini bererti terhapusnya penindasan di muka bumi ini.

Kerana itulah, tanggungjawab berat ini terletak kepada mereka yang mempunyai kesedaran dan keyakinan, mereka yang mempunyai pengetahuan tentang nilai-nilai kerohanian. Adalah tidak wajar untuk melupakan atau mengabaikan kemusnahan yang telah dibawa oleh Darwinisme ke seluruh dunia, terutamanya pada abad yang lepas, dan penderitaan yang telah dialami oleh manusia dan masyarakatnya. Setiap orang yang berkemampuan perlu melakukan apa yang terdaya dilakukan untuk melakukan serangan kebudayaan bagi mengakhiri penipuan yang telah berlangsung selama 150 tahun.

Satu-satunya perkara yang dapat mengakhiri penipuan ini, dan dapat memberi jawapan kepada persoalan kehidupan manusia, ialah hidup dengan moral al-Quran. Malapetaka ini akan berakhir apabila manusia mula kembali kepada agama yang sebenar, apabila keindahan, cinta, sayang, belas kasihan, keadilan, kesetiaan, kerjasama, dan toleransi yang Allah anugerahkan kepada manusia, dihidupkan semula secara meluas. Seperti yang disebutkan di dalam ayat-ayat Allah, "kebenaran akan datang" dan "kejahatan akan binasa":

Dan katakanlah: "Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap". (Surah Al-Isra:81)

Mereka menjawab:
“Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. "
(Surah al-Baqara: 32)

Nota Kaki

136- Earthwatch, March 1989, p. 17; cited in Henry M. Morris, The Long War Against God, Baker Book House, 1989, p. 57