Allah Yang Menjadikan Memerang

Jadi kamu telah mempelajari tentang memerang bersama dengan Karim. Seperti yang dapat kamu saksikan, terima kasih kepada kemahiran-kemahiran yang dimilikinya semenjak lahir, sahabat baru Karim ini dapat mereka bangunan, yang merupakan satu tugas yang sangat sukar dan rumit. Kemudian mereka melaksanakan pelan ini dengan kemahiran yang hebat. Tidak seperti kakak Karim, memerang tidak pergi ke sekolah, dan juga tidak dilatih beberapa tahun. Tetapi mereka mengetahui dengan tepat apa yang hendak dilakukan, kerana terdapat Kekuasaan Tertinggi yang mengajar mereka semua perkara-perkara ini. Iaitu Allah, yang menjadikan semuanya, termasuk kita.

Ingat! Seekor memerang tidak dapat memperoleh kemahiran untuk membina empangan secara kebetulan. Ia tidak dapat menjadikan tubuhnya bersesuaian dengan keperluannya. Ia tidak dapat menemui sendiri bentuk untuk membina empangan yang cukup kuat untuk menahan tekanan air. Dan yang lebih penting, ia tidak dapat memastikan memerang-memerang lain memperoleh kemahiran yang sama.

Terdapat satu lagi fakta yang mesti dicatatkan: Memerang tidak akan dapat hidup jika kekurangan salah satu sifat-sifatnya. Contohnya cuba kita fikirkan tentang giginya. Jika gigi belakang mereka, walaupun tidak haus, terus tumbuh seperti gigi kacip hadapan, ia akan menjadi terlalu besar, dan memberikan tekanan kepada rahang dan menyebabkannya tidak dapat menggunakan mulutnya.

Bagaimana memerang dapat mengerit dan membina empangan dalam keadaan ini? Bagaimana ia dapat membina rumahnya? Sudah tentu ia tidak akan dapat melakukan semua perkara-perkara ini. Malah ia juga tidak dapat makan disebabkan oleh struktur mulutnya, jadi sudah tentu ia akan mati kebuluran.

Tambahan pula, banyak organ-organ lain selain daripada giginya telah dijadikan khusus untuk kerja-kerja yang mereka lakukan. Kelopak mata lut sinar untuk melindungi matanya ketika berada di dalam air seperti juga cara istimewa yang menutup telinga dan lubang hidungnya untuk menghalang air masuk, adalah di antara sifat-sifat yang dimiliki oleh memerang. Selain daripada itu, memerang juga mempunyai kaki belakang yang berkulit selaput dan ekor yang keras dan rata, yang membantu haiwan ini menjadi perenang yang hebat. Semua ini adalah sifat-sifat istimewa yang memerang miliki sejak lahir.

Sekarang, sudah tentu kami faham mengapa Karim merasa begitu kagum dengan sahabat kecilnya.

Sahabat kecil Karim memiliki struktur tubuh ini, dan pengetahuan dan kemahiran untuk membina empangan sejak lahir. Semua memerang membina rumah mereka dengan panduan Allah dan bergerak berdasarkan kepada apa yang telah “didorong” oleh-Nya agar mereka melakukannya. Allah Yang Maha Kuasa telah menjadikan makhluk-makhluk ini dan memberikan mereka kemahiran hebat.

kunduzlar

Apabila kamu membaca buku atau menonton filem tentang haiwan, ingatlah bahawa mereka mereka telah dijadikan oleh Allah

Allah menjadikan semua hidupan dengan sifat-sifat yang paling sesuai untuk tugas-tugas yang mereka lakukan dan memenuhi keperluan mereka. Allah pengasih kepada semua hidupan. Seperti yang Allah nyatakan di dalam Al-Quran:

"Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pangetahuan-Nya akan tiap-tiap sesuatu." (Surah Ta Ha:98)

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
(Surah Al-Baqarah: 32)