Bahagian 1 - Mu'jizat Saintifik Al-Qur'an (3/3)

Kadar Hujan

The Proportion of Rain

Sebutir maklumat yang diberikan dalam Al-Qur'an mengenai hujan adalah fenomena penurunan hujan dalam kadar tertentu. Hal ini disebutkan dalam surah az-Zukhruf sebagai berikut;

"Dan yang menurunkan air dari langit dengan kadar (tertentu) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati ..." (Surah Zukhruf: 11)

Kadar kuantiti hujan yang turun ini sekali lagi telah disingkap melalui kajian moden. Telah dianggarkan bahawa setiap saat, sejumlah lebih kurang 16 juta tan air mengewap dari permukaan bumi. Secara totalnya, jumlah air yang mengewap dalam setahun adalah lebih kurang 513 juta tan. Angka ini adalah bersamaan dengan jumlah hujan yang turun ke bumi dalam setahun. ini bererti air secara berterusan beredar dalam sebuah kitaran yang seimbang, iaitu dalam satu "kadar". Hidupan dalam bumi bergantung kepada kitaran air ini. Walaupun dengan menggunakan teknologi yang paling maju dan canggih di dunia, mereka tetap tidak akan mampu untuk menghasilkan kitaran ini secara tiruan.

Bahkan, sedikit gangguan dalam keseimbangan ini adalah memadai untuk mengakibatkan bencana yang besar sekaligus memusnahkan seluruh hidupan dalam dunia. Bagaimanapun, hal ini tidak pernah terjadi hujan tetap turun setiap tahun dalam kadar tepat seperti yang disebutkan di dalam Al-Qur'an.

The Proportion of Rain

Every year, the amount of water that evaporates and that falls back to the Earth in the form of rain is "constant": 513 trillion tons. This constant amount is declared in the Qur'an by the expression "sending down water in due measure from the sky". The constancy of this quantity is very important for the continuity of the ecological balance, and therefore, life.

Formasi Hujan

The Formation of Rain

The above illustration shows the water droplets being released into the air. This is the first stage in the formation of rain. After that, the water droplets in the newly formed clouds will be suspended in the air and then condense to form rain. All of these stages are related in the Qur'an.

Rahsia pembentukan hujan telah menjadi misteri yang besar selama beberapa waktu. Seluruh peringkat pembentukan hujan hanya berjaya difahami berikutan kejayaan yang dirintis untuk mencipta radar cuaca.

Berdasarkan penemuan ini, pembentukan hujan terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, "bahan asas" dalam kandungan hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan mula terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun turut.

Penilaian Al-Qur'an mengenai formasi hujan merujuk secara tepat kepada proses ini. Dalam sepotong ayat, pembentukan ini diterangkan sebagai berikut.

"Allah jualah yang menghantar angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendaki-nya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok. lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendaki-nya dari hamba-hamba-nya, mereka serta-merta berasa gembira." (Surah Ar-ruum: 48)

p>Sekarang, mari kita perhatikan 3 peringkat yang diutarakan di dalam ayat ini secara lebih teknikal.

PEringKAT PErTAMA: "Allah jualah yang menghantar angin…"

Gelembung air yang terbentuk melalui pembuihan lautan secara berterusan kini mulai pecah dan menyebabkan sejumlah zarah air di tolak ke permukaan udara. Zarah ini, yang kaya dengan kandungan garam, kemudian di bawa oleh angin naik ke tingkat lebih tinggi di ruang atmosfera. Zarah yang dipanggil aerosol ini berfungsi sebagai perangkap air dan membentuk titisan awan dengan menghimpunkan wap air yang naik dari permukaan laut sebagai titisan halus.

The Formation of Rain

(A) Isolated small pieces of clouds (cumulus clouds) (B) When the small clouds join together, updrafts within the larger cloud increase, and so the cloud is stacked up.

PEringKAT KEDUA: “…..lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendaki-nya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok.”

Awan terbentuk dari wap air yang terkondensasi di sekeliling kristal garam atau zarah halus di udara. Disebabkan titisan air dalam kepulan ini adalah kecil (dengan diameter antara 0.01 hingga 0.02 m), ia tergantung di udara dan memenuhi ruang langit. Dan dengan itu, langit kini diliputi dengan gumpalan awan.

PEringKAT KETigA: "….lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya."

Sejumlah zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah habuk menjadi semakin tebal dan membentuk titisan hujan. Kini, titisan yang lebih berat berbanding udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula gugur ke bumi sebagai titis hujan.

Seperti yang jelas terlihat, setiap peringkat dalam pembentukan hujan adalah berkait-rapat dengan sebahagian ayat di dalam Al-Qur'an. Bahkan, seluruh peringkat ini diterangkan secara tepat dengan perincian kronologinya. Seperti mana juga halnya di dalam fenomena semulajadi lain yang berlaku di bumi, Allah s.w.t telah memberi penjelasan yang paling tepat seperti yang jelas dalam fenomena ini dan memaklumkannya kepada manusia di dalam kitab Al-Qur'an beberapa abad lamanya sebelum ia berupaya diketahui.

The Formation of Rain

These updrafts cause the cloud body to grow vertically, so the cloud is stacked up. This vertical growth causes the cloud body to stretch into cooler regions of the atmosphere, where drops of water and hail formulate and begin to grow larger and larger. When these drops of water and hail become too heavy for the updrafts to support them, they begin to fall from the cloud as rain, hail, etc. This scientific fact was announced in verse 43 of Sura Nur fourteen centuries ago by God in this way: "...then (He) makes them into a stack, and then you see the rain come out of …"

Dalam sepotong ayat lain, maklumat berikut diterangkan mengenai pembentukan hujan;

clouds

Small clouds (cumulus clouds) are carried along and joined together by the wind, that is, as the verse says: "ÉGod drives along the clouds, then joins them together…"

"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlonggok-longgok dan selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang yang ada padanya, lalu ia menimpakan hujan batu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pemandangan." (Surah An-nur: 43)

Para saintis yang menjalankan kajian ke atas jenis awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan formasi gumpalan awan hujan. gumpalan awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan peringkat yang amat jelas. Peringkat pembentukan awan kumulonimbus, sejenis dari awan hujan adalah seperti berikut

  1. Digerakkan dengan tiupan: gumpalan awan bergerak bersama iaitu digerakkan melalui tiupan angin.
  2. Berkumpul - kemudiannya, awan-awan yang kecil (awan kumulus) yang digerakkan oleh angin bercantum dan membentuk gumpalan yang lebih besar.9
  3. Melonggok - di saat awan-awan kecil telah terhimpun, rangka dalam kumpulan awan yang lebih besar semakin bertambah. rangka yang berada dekat dengan pusat awan adalah lebih kukuh berbanding yang berada di tepi. Seluruh rangka ini menyebabkan awan berkembang secara menegak, dan menyebabkan gumpalan awan berlonggok-longok. Perkembangan menegak ini menyebabkan awan menganjur dalam ke bahagian yang lebih sejuk di dalam atmosfera, di mana titisan air dan awan membentuk dan mula mengembang dengan lebih besar lagi. Apabila titisan air dan ais ini menjadi lebih berat sehingga gagal untuk ditampung oleh rangka di mana mereka terletak, akhirnya ia akan gugur dari gumpalan awan sebagai hujan, ais dan lain-lain. 10

Harus diingat bahawa para pakar meteorologi hanya berjaya mengetahui maklumat terperinci mengenai pembentukan hujan, struktur dan fungsinya di akhir ini melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, komputer dan sebagainya. Dan ia adalah jelas bahawa Tuhan telah memberikan kita cebisan maklumat yang tidak pernah diketahui 1400 tahun dahulu.

Angin Penyuburan

Dalam sepotong ayat Al-Qur'an, ciri-ciri "penyuburan" dalam angin, dan sekaligus membentuk hujan adalah sebagai berikut;

"Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu kami beri minum kamu dengan air itu..." (Surah al-Hijr: 22)

Ayat di atas menyatakan bahawa peringkat pertama dalam pembentukan hujan adalah angin. Sehingga awal abad ke-20, hubungan antara angin dan hujan yang diketahui adalah angin berfungsi menggerakkan awan. Bagaimanapun, penemuan dalam bidang meterologi moden telah mendedahkan peranan "penyuburan" angin sewaktu pembentukan hujan.

waves

The picture above shows the stages in the formation of a wave. Waves are formed by the wind blowing above the surface of the water. With the wind, water particles start to move in a circular motion. This movement soon forms waves, one after the other, and bubbles formed by the waves spread in the air. This is the first stage in the formation of rain. This process is declared in the verse as "We send the fecundating winds and then cause water to descend from the sky."

Gambaran fungsi penyuburan angin ini adalah seperti berikut;

Pada permukaan lautan dan laut-laut, apabila gelombang udara pecah, beribu-ribu zarah halus dengan diameter sekecil satu dari beratus millimeter naik ke udara. Zarah-zarah ini yang dikenali sebagai 'aerosol' bersebati dengan debu dari daratan melalui angin dan dibawa ke lapisan atmosfera yang lebih tinggi. Zarah-zarah ini dibawa ke altitud yang lebih tinggi oleh angin sehingga kemudian bersebati dengan wap air di atas sana. Wap air akan menyahwap di sekeliling zarah-zarah ini dan bertukar menjadi titisan air. Titisan air ini pertamanya akan bercantum dan membentuk awan, dan kemudian jatuh sebagai titisan hujan ke bumi.

Seperti yang dilihat, angin "menyuburkan" wap air yang berserakan di udara dengan zarah yang dibawa dari laut dan akhirnya membantu pembentukan gumpalan awan.

waves

Sekiranya angin tidak memiliki sifat ini, titisan air di atmosfera tidak akan terbentuk, dan di sana tidak akan wujud hujan.

Fakta yang paling penting di sini ialah peranan penting yang dimainkan oleh angin dalam pembentukan hujan telah dinyatakan berabad lamanya di dalam Al-Qur'an, ketika manusia hanya mengetahui sedikit sekali mengenai fenomena semulajadi…

Ketelapan Air Antara Lautan

Satu dari sifat-sifat laut yang baru kini ditemui ialah apa yang dinyatakan dalam sepotong ayat Al-Qur'an sebagai berikut;

"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing." (Surah ar-rahman: 19-20)

oceans

A. Depths (meters)

1. Atlantic Ocean
2. Mediterranean Sea

3. Atlantic Ocean water Salinity lower than 36.0 ‰
4. Mediterranean Sea Water

5. Salinity higher than 36.5‰
6. Gibraltar Sill

There are large waves, strong currents, and tides in the Mediterranean Sea and the Atlantic Ocean. Mediterranean Sea water enters the Atlantic by Gibraltar. But their temperature, salinity, and densities do not change, because of the barrier that separates them.

Sifat lautan, yang terbentuk bersama walaupun tidak bercampur-baur antara satu sama lain adalah sebuah penemuan terbaru di dalam bidang oceanographi. Akibat dari sejenis daya fizikal yang dipanggil ketegangan permukaan (surface tension), kandungan air dalam dua lautan yang berbeza tidak akan bercampur sebati. Disebabkan oleh ketumpatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutan dari bersebati dengan larutan lain, seolah-olah di sana terdapat dinding nipis yang memisahkannya. 11

Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas pengetahuan dalam bidang fizik, 'ketegangan permukaan' mahu pun oceanographi, fenomena ini telah pun dinyatakan ketika Al-Qur'an diwahyukan.

A satellite photograph of Gibraltar

A satellite photograph of Gibraltar

Kegelapan Dalam Lautan Dan Gelombang Internal

"Atau seperti kegelapan di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak di sebelah atasnya pula awan tebal gelap gelita berlapis-lapis. Apabila dikeluarkan tangannya, tidak kelihatan sama sekali. Siapa yang tidak diberi cahaya oleh Allah tidaklah akan mendapat cahaya." (Surah An-nur: 40)

Suasana yang umum di dasar laut diterangkan dalam sebuah buku bertajuk Ocean.

Kegelapan di dasar laut dan lautan didapati pada sekitar kedalaman 200 meter dan ke bawah. Pada kedalaman ini, di sana hampir-hampir tidak terdapat cahaya. Di bawah kedalaman 1000 meter, di sana langsung tidak terdapat cahaya.12

darksea

Measurements made with today's technology have revealed that between 3 and 30 percent of the sunlight is reflected at the surface of the sea. Then, almost all of the seven colours of the light spectrum are absorbed, one after another, in the first 200 meters, except for blue light (picture at left). Below a depth of 1,000 meters, there is no light at all. (above picture). This scientific fact was pointed out in the verse 40 of Sura Nur in the Qur'an 1,400 years ago.

Hari ini, kita mampu mengetahui struktur umum tentang lautan, ciri-ciri makhluk hidupan di dalamnya, salinisasi termasuk juga maklumat tentang kadar kandungan air, kawasan permukaan dan kedalamannya. Kapal selam dan peralatan khusus yang dibangunkan dengan teknologi moden telah membantu para saintis untuk merakamkam maklumat seperti ini.

Manusia tidak mampu menyelam lebih dari 70 meter ke dasar laut tanpa sebarang bantuan atau peralatan khusus. Mereka tidak dapat bertahan tanpa dilengkap sebarang peralatan ketika berada di dasar dan kegelapan lautan, umpamanya pada kedalaman 200 meter. Atas sebab ini, para saintis hanya mampu menyingkap maklumat terperinci mengenai lautan hanya akhir ini. Bagaimanapun kenyataan kegelapan dalam dasar laut telah diselitkan di dalam surah An-nur 1400 tahun dahulu. ia membuktikan keajaiban saintifik Al-Qur'an di mana maklumat seperti ini telah dikhabarkan sewaktu peralatan teknologi moden yang dapat membantu manusia untuk menyelam ke dasar lautan belum lagi diterokai.

The Region That Controls Our Movements

The picture to the left represents internal waves at interface between two layers of water of different densities. The lower layer is denser then the upper one. This scientific fact, declared in verse 40 of Sura Nur of the Qur'an 14 centuries ago, has been discovered by today's scientists only very recently.

Selain itu, fakta di dalam ayat 40 surah nur: "…..seperti kegelapan di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak, di sebelah atasnya pula awan tebal…." menarik perhatian kita kepada satu lagi keajaiban Al-Qur'an.

Para saintis mutakhir ini telah menemui bahawa di sana terdapat gelombang ombak internal lautan, yang "terjadi pada permukaan ketumpatan di antara lapisan yang mempunyai ketumpatan berbeza". Gelombang internal ini meliputi dasar laut dan lautan disebabkan bahagian yang jauh ke dasar memiliki ketumpatan yang lebih tinggi berbanding yang berada di atasnya. gelombang internal bertindak serupa seperti ombak di permukaan lautan. ia boleh berpecah sama seperti ombak di permukaan. Ombak internal ini tidak dapat dilihat dengan mata manusia, tetapi ia dapat dikesan dengan mengkaji perubahan suhu atau salinisasi pada suatu kedudukan yang diberi.13

Kenyataan yang terdapat di dalam Al-Qur'an adalah mutlak selari terhadap penjelasan di atas. Tanpa perlu kepada pengkajian, seorang dapat melihat dengan jelas ombak pada permukaan laut. Tetapi adalah mustahil untuk melihat ombak di dalam laut (internal). Sebenarnya, dalam Surah Nur, Tuhan menarik perhatian manusia kepada sejenis lagi ombak yang terjadi di dalam lautan. Suatu yang pasti, fakta ini yang baru ditemui oleh saintis baru-baru ini, sekali lagi menunjukkan bahawa Al-Qur'an adalah kalam maha suci Allah s.w.t.

Kawasan Yang Mengawal Pergerakan Manusia

The Region That Controls Our Movements

"Jangan!! Sesungguhnya kalau dia tidak berhenti, Kami akan memegang ubun-ubunnya. Ubun-ubun orang orang dusta, berbuat salah." (Surah Al-Alaq: 15-16)

Ekspresi "ubun-ubun orang dusta, berbuat salah" dalam ayat di atas adalah sangat menarik. Kajian yang dijalankan di tahun kebelakangan ini mendedahkan bahawa kawasan pra-hadapan yang bertanggungjawab dalam merancang fungsi khusus dalam otak adalah terletak di bahagian depan tengkorak. Para saintis hanya berjaya menyingkap fungsi bahagian otak yang telah di sebutkan di dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu sejak 60 tahun terakhir ini. Apabila melihat ke dalam tengkorak di bahagian depan kepala, kita akan menemui bahagian frontal di serebrum. Sebuah buku bertajuk Essential of Anatomy and Physiology yang menyertakan hasil terbaru kajian yang dijalankan ke atas fungsi bahagian ini menyebut;

Dorongan dan kebolehan menjangka untuk merancang dan memulakan pergerakan adalah berlaku di bahagian anterior dalam lobus frontal, iaitu kawasan pra –frontal. ini adalah kawasan perkumpulan korteks…14

Buku ini juga menyebut;

Dalam hubungan dengan penglibatannya kepada dorongan, kawasan pra frontal ini juga difikirkan berfungsi sebagai pusat keagresifan. 15

Oleh hal yang demikian, serebrum inilah yang bertanggungjawab untuk merancang, mendorong dan melakukan perbuatan yang baik dan buruk, dan ia juga bertanggungjawab dalam pertuturan mengenai bohong dan benar.

Adalah jelas bahawa pernyataan "ubun-ubun orang dusta, berbuat salah" berkait dengan lengkap terhadap penjelasan di atas. Fakta ini, yang baru ditemui oleh para saintis sejak 60 tahun terakhir telah dinyatakan oleh maha suci Allah s.w.t di dalam Al-Qur'an beratus tahun dahulu.

Kelahiran Manusia

Sejumlah variasi subjek telah disebutkan di dalam Al-Qur'an dengan tujuan untuk mengajak manusia ke arah kebenaran. Di satu sudut adalah berkaitan dengan langit, dan di sudut yang lain berkaitan dengan binatang dan di sudut yang lain lagi berkaitan dengan tumbuhan, adan semuanya adalah merupakan bukti yang amat jelas bagi umat manusia. Dalam banyak ayat Al-Qur'an, manusia diseru untuk memerhati kepada asal usul penciptaan. Mereka sering diingatkan bagaimana kewujudan manusia di muka bumi, peringkat yang dilalui dan unsur asas dalam kejadiannya;

"Kami telah menciptakan kamu, mengapa kamu tidak menerima kebenaran? Tidakkah kamu perhatikan (air mani) yang kamu tumpahkan? Kamukah yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?" (Surah Al-Waqiah: 57-59)

Aspek keajaiban dalam penciptaan manusia sering ditekankan di dalam banyak ayat. Beberapa perincian maklumat yang terkandung di dalam sebahagian ayat ini kelilhatan amat mustahil untuk difahami bagi mereka yang hidup di abad ke-7, antaranya;

  1. Manusia tidak terbentuk dari keseluruhan air mani, tetapi hanya dari sebahagian kecil daripadanya iaitu sperma.
  2. lelaki memainkan peranan dalam menentukan jantina anak.
  3. Embrio manusia melekat di dalam uterus ibu seperti lintah.
  4. Fasa perkembangan embrio melalui 3 kawasan gelap di dalam uterus.

Maklumat yang disebut di atas adalah jauh dari batas kefahaman masyarakat yang hidup di abad ke-7 yang pada asasnya telah pun dibuktikan di dalam bidang sains abad-21 melalui kemajuan teknologi yang mutakhir kini direka.

Sekarang, kita akan perhatikan hal ini satu demi satu.

Setitis Air Mani

Sperma melalui perjalanan yang di dalam badan ibu sehingga berjaya sampai ke ovum. Hanya seribu dari 250 juta sperma yang dipancutkan ini berjaya menghampiri ovum. Di akhir perjalanan selama 5 minit ini, ovum yang bersaiz setengah butir garam hanya akan membenarkan sebutir unit sperma sahaja untuk tembus masuk ke dalamnya, iaitu saripati manusia bukanlah dari seluruh air mani, tetapi hanya sebahagian kecil daripadanya. Hal ini diterangkan di dalam Al-Qur'an.

>“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan begitu saja tanpa pertanggungjawaban? Bukankah dia dahulunya setitis air mani yang dipancutkan?” (Surah Al-Qiamah: 36-37)

Semen womb

In the picture to the left, we see semen ejected into the uterus. Only very few sperms out of 250 million sperms emitted from the male can make it to the ovum. The sperm that will fertilise the egg is the only one out of a thousand sperms that have managed to survive. The fact that man is made not from the entire semen, but only a small part of it, is related in the Qur'an with the expression, "a drop of ejected semen".

Sepertimana yang kita lihat, Al-Qur'an memaklumkan kita bahawa manusia tidak tercipta dari keseluruhan air mani, tetapi hanya bahagian kecil daripadanya. Penekanan khusus di dalam pernyataan ini mengumumkan satu fakta yang hanya baru tersingkap melalui kajian yang dijalankan oleh sains moden adalah bukti bahawa pernyataan ini adalah bersumberkan dari Maha Suci Tuhan.

Sebatian Dalam Air Mani

semen

Cecair yang dipanggil air mani tidak hanya sekadar mengandungi sperma, sebaliknya ia terbentuk dari sebatian campuran cecair yang berbeza. Cecair ini mempunyai fungsi yang berbeza, umpamanya kandungan gula yang diperlukan untuk membekalkan tenaga kepada sperma, meneutralkan asid dipintu masuk rahim dan menyediakan kawasan yang licin bagi memudahkan pergerakan sperma.

Apa yang cukup menarik ialah apabila air mani disebutkan di dalam Al-Qur'an, kenyataan ini yang telah disingkap melalui bidang sains moden juga turut mengisyaratkannya sekaligus menakrifkan air mani sebagai sejenis campuran sebatian.

"Kami menciptakan manusia itu dari setitis air mani yang bercampur untuk mengujinya, dan Kami jadikan ia mendengar dan melihat." (Surah Al-insan: 2)

Dalam sebuah ayat lain, air mani sekali lagi dirujuk sebagai satu sebatian dan menegaskan bahawa manusia diciptakan dari 'sari pati' sebatian ini.

"Dia yang mencipta segala sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulainya menciptakan manusia dari tanah. Kemudian itu dijadikannya keturunan manusia dari sari pati air yang hina." (Surah As-Sajdah: 7-8)

Perkataan arab "sulala" yang diertikan sebagai 'sari pati' bermaksud yang ekstrak atau bahagian terbaik dari sesuatu benda. implikasi ini ber-maksud sebahagian dari seluruh. ini jelas menunjukkan bahawa Al-Qur'an adalah kalimah maha Kuasa yang maha Mengetahui penciptaan manusia dengan amat terperinci. Maha Kuasa ini adalah Allah, Pencipta manusia.

Penentuan Jantina Bayi

chromosome

The Y chromosome carries characteristics of masculinity, while the X chromosome carries those of femininity. In the mother's egg, there is only the X chromosome, which determines female characteristics. In the semen from the father, there are sperms that includes either X or Y chromosomes. Therefore, the sex of the baby depends on whether the sperm fertilising the egg contains an X or Y chromosome. In other words, as stated in the verse, the factor determining the sex of the baby is the semen, which comes from the father. This knowledge, which could not have been known at the time when the Qur'an was revealed, is evidence to the fact that the Qur'an is the word of God.

Sebelum ini, manusia memikirkan bahawa jantina bayi ditentukan oleh sel ibu, atau pun paling tidak mereka mempercayai ia ditentukan oleh kedua sel ayah dan ibu bersama. Tetapi dalam Al-Qur'an, kita diberikan sebuah maklumat berbeza di mana ciri-ciri jantina perempuan atau lelaki telah diciptakan dari setitis airmani yang dipancutkan.

"Dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan dari air mani yang dipancutkan." (Surah an-najm: 45-46)

Kemajuan dalam bidang genetik dan biologi molekul secara saintifik telah mengesahkan ketepatan maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. ia difahami kini bahawa jantina bayi adalah ditentukan oleh sel sperma dari lelaki dan sekaligus perempuan tidak terlibat dalam menentukan jantina ini.

Kromosom adalah unsur utama dalam menentukan jantina. Dua dari 46 kromosom yang menentukan struktur manusia dikenali sebagai Kromosom Seks. Sepasang kromosom ini dipanggil 'XY' dalam lelaki dan "XX' dalam perempuan, iaitu dengan berdasarkan kepada bentuk kromosom tersebut. Kromosom Y membawa gen yang mengkod kejantanan, dan kromosom X membawa gen-gen yang mengkod ciri-ciri keperempuanan.

Pembentukan seorang individu manusia adalah bermula dengan kombinasi salah satu dari kromosom ini yang wujud dalam lelaki dan perempuan secara berpasangan. Dalam perempuan, kedua komponen sel seks yang membahagi kepada dua sewaktu proses pengovulan adalah kromosom X. Sel seks dalam lelaki pula, menghasilkan dua jenis sperma, satu yang mengandungi kromosom X dan satu lagi kromosom Y.

Sekiranya satu kromosom X dari perempuan disenyawakan oleh sperma yang mengandungi kromosom X dari lelaki, maka bayi yang akan lahir ialah perempuan iaitu XX. Dan sekiranya disenyawakan oleh sperma yang mengandungi kromosom Y, maka bayi adalah lelaki iaitu (XY).

children

In the Qur'an, it is said that masculinity or femininity are created out of "a drop of semen which has been ejected". However, until fairly recently, it was believed that a baby's sex was determined by the mother's cells. Science only discovered this information given in the Qur'an in the 20th century. This and many other similar details about the creation of man were stated in the Qur'an centuries ago.

Dalam perkataan lain, jantina seorang bayi adalah ditentukan oleh kromosom dari lelaki yang mensenyawakan ovum perempuan.

Pengetahuan tentang fakta ini baru diketahui dalam bidang genetik di abad-20. Sebenarnya, dalam sebahagian besar kebudayaan masyarakat manusia, adalah menjadi satu kepercayaan umum bahawa jantina seks bayi ditentukan oleh si ibu. ini adalah sebab amalan mencerca dan mengeji perempuan biasa dilihat ketika melahirkan anak perempuan.

14 kurun lamanya sebelum gen manusia ditemui, Al-Qur'an telah mendedahkan maklumat yang menafikan tahayul yang berleluasa ini sekaligus menunjukkan bahawa penentuan jantina tidak berkaitan dengan fungsi sel ovum, tetapi adalah oleh sperma yang dihasilkan oleh lelaki.

Penyangkutan "Gumpalan Darah" ke Uterus

zygote

In the first phase of its development, the baby in the mother's womb is in the form of a zygote, which clings to the uterus in order to take nourishment from the mother's blood. In the picture above is a zygote, which looks like a piece of flesh. This formation, which has been discovered by modern embryology, was miraculously stated in the Qur'an 14 centuries ago with the word "alaq", which means "a thing that clings to some place" and is used to describe leeches that cling to a body to suck blood.

Sekiranya kita memerhatikan kepada fakta Al-Qur'an yang dikhabarkan kepada umat manusia mengenai pembentukan manusia, kita akan menemui sebuah lagi keajaiban saintifik yang sangat penting.

Apabila sperma lelaki mensenyawakan ovum perempuan, satu intipati sel bagi bayi yang akan dilahirkan mula membentuk. Sel tunggal ini yang dikenali sebagai zigot dalam bidang biologi, akan mula giat menjalankan proses reproduksi melalui proses pembahagian dan akhirnya menjadi 'seketul daging' yang dipanggil embrio. Struktur ini dapat dilihat melalui bantuan mikroskop.

Embrio ini, bagaimanapun tidak meneruskan seluruh period tumbesarannya di dalam ruang kosong (tiub Fallopio). ia sebaliknya menyangkut kepada uterus seperti akar yang kukuh di bumi melalui salur pautnya. Melalui ikatan ini, embrio memperolehi nutrien penting sewaktu perkembangannya melalui badan ibu.16

Di sini, keajaiban signifikan Al-Qur'an sangat jelas. Ketika merujuk perkembangan embrio dalam kandungan ibu, Allah menggunakan kalimah 'alaq' dalam Al-Qur'an;

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari 'Alaq'. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah." (Surah al-Alaq: 1-3)

Perkataan "alaq" dalam bahasa arab bermaksud "benda yang berpaut kepada suatu tempat". Perkataan ini secara literal, digunakan untuk menerangkan lintah yang berpaut di tubuh badan yang menghisap darah.

Amat jelas, pemilihan perkataan yang tepat kepada kondisi embrio yang berkembang dalam kandungan sekali lagi membuktikan bahawa Al-Qur'an adalah wahyu yang diturunkan oleh-nya, Pemerintah alam cakerawala.

Penyalutan Tulang Oleh Otot

The bones of the baby

The bones of the baby completing its development in the mother's womb are clothed with flesh during one particular stage.

p>Antara lain aspek penting mengenai maklumat yang diberi dalam ayat Al-Qur'an ialah fasa perkembangan yang dilalui manusia dalam kandungan ibu. Telah dinyatakan bahawa dalam kandungan ibu, tulang-temulang berkembang lebih awal kemudian diikuti dengan pembentukan otot yang akan membalut di sekelilingnya.

"Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-temulang lalu tulang temulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka maha sucilah Allah, Pencipta yang Paling Baik." (Surah al-Mukminun:14)

Embriologi adalah merupakan sebuah cabang sains yang mengkaji perkembangan embrio sewaktu dalam kandungan ibu. Sehingga ke saat ini, ahli embriologi menyangka bahawa tulang-temulang dan otot dalam embrio melalui fasa perkembangan yang serentak. Tetapi kini, kajian mikroskopik termaju yang dijalankan melalui alat moden teknologi terkini telah mendedahkan bahawa wahyu Al-Qur'an adalah kata-kata yang paling benar.

Pemerhatian pada peringkat mikro menunjukkan bahawa perkembangan dalam kandungan ibu berlaku dengan menepati gambaran yang diterangkan dalam ayat Al-Qur'an. Pertamanya, tisu rawan dalam proses pembentukan tulang embrio. Kemudian sel otot yang dipilih dari kelompok tisu di sekeliling tulang mula bercantum dan membungkus tulang.

Fenomena ini diterangkan dalam penerbitan saintifik bertajuk Developing Human dalam ayat berikut;

Sewaktu minggu ketujuh, rangka mula terbentuk di seluruh badan dan tulang mula mengasaskan bentuknya. Di akhir minggu ketujuh dan sewaktu minggu ke lapan, otot mengambil tempatnya di sekeliling 59 rangka tulang. 17

Ringkasnya, peringkat perkembangan manusia seperti yang dinyatakan

embryo embryo

Many stages of a baby's development in the mother's womb are related in the Qur'an. As described in verse 14 of Sura Muminun, the cartilage of the embryo in the mother's womb ossifies first. Then these bones are covered with muscle cells. God describes this development with the verse: "…(We then) formed the lump into bones and clothed the bones in flesh"

3 Peringkat Bayi Dalam Kandungan

Dalam Al-Qur'an, telah dinyatakan bahawa manusia diciptakan melalui proses tiga-peringkat dalam kandungan ibu;

"...Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga (peringkat) kegelapan. Yang demikian itu adalah Allah. Maka apakah yang membuatkan kamu berpaling?" (Surah az-Zumar: 6)

embryo embryo embryo

In the verse 6 of Sura Zumar, it is pointed out that man is created in the mother's womb in three distinct stages. Indeed, modern embryology has revealed that the baby's embryological development takes place in three distinct regions in the mother's womb.

Seperti yang akan difahami, dinyatakan dalam ayat ini bahawa manusia diciptakan dalam kandungan ibu dengan melalui tiga peringkat yang jelas. Sebenarnya, bidang biologi moden telah mendedahkan perkembangan embriologi seorang bayi adalah berlaku dalam tiga bahagian yang jelas sewaktu dalam kandungan. Hari ini, sebahagian besar buku teks dalam bidang embriologi dalam fakulti perubatan mengambil fenomena ini sebagai satu unsur dalam asas pengetahuan. Sebagai contoh dalam Basic Human Embryology, sebuah teks rujukan asas dalam bidang embriologi menyatakan fakta ini sebagai berikut; 'Kehidupan dalam uterus mempunyai 3 peringkat; pra embrionik, 2 minggu setengah yang pertama, embrionik; sehingga berakhir minggu ke lapan, dan fetal; dari minggu ke lapan sehingga waktu kelahiran.18

Seluruh fasa ini dirujuk sebagai fasa perbezaan dalam peringkat perkembangan. ringkasnya, ciri-ciri utama dalam peringkat perkembangan adalah sebagai berikut;

-Peringkat Pra-Embrionik

Pada fasa pertama ini, zigot berkembang dengan membahagi dan ketika ia mula membentuk segumpal sel, ia menyangkut di dinding uterus. Sementara ia meneruskan tumbesarannya, ia akan mengubah bentuknya dalam tiga lapisan.

child

- Peringkat Embrionik

The second phase lasts for five and

Fasa kedua berlangsung selama lima minggu setengah, di mana ia dipanggil "embrio". Dalam peringkat ini, organ asas dan sistem badan mula timbul dari lapisan sel.

a half weeks, during which the baby is called an "embryo". In this stage, the basic organs and systems of the body start to appear from the cell layers.

- Peringkat Fetal

Bermula dari peringkat ini, embrio akan dipanggil 'fetus'. Fasa ini bermula pada minggu ke lapan kandungan dan berakhir sehingga saat kelahiran. Ciri-ciri yang membezakannya ialah fetus ketika ini kelihatan dalam bentuk asas seorang manusia, dengan wajah, tangan dan kaki. Walaupun hanya 3 sentimeter panjang pada permulaan, seluruh organnya telah mulai jelas. Fasa ini berlangsung lebih kurang 30 minggu dan perkembangan akan sentiasa berterusan sehingga minggu terakhir, kelahiran.

mother child

Maklumat mengenai perkemba-ngan dalam kandungan ibu hanya diperolehi dengan menjalankan pemerhatian melalui pelbagai alat kelengkapan moden. Pun begitu, dengan cara yang menakjubkan, Allah telah menarik perhatian kita terhadap maklumat ini di dalam ayat Al-Qur'an. Fakta yang sangat terang dan tepat seumpama ini didedahkan dalam Al-Qur'an di saat manusia hanya memiliki sedikit butiran maklumat mengenai perubatan. ini adalah bukti jelas bahawa Al-Qur'an bukanlah hasil buatan manusia, tetapi adalah kalam Tuhan s.w.t.

Susu Ibu

baby

Susu ibu adalah sebuah sebatian yang tiada tandingan diciptakan oleh Allah sebagai sumber-makanan yang bermutu tinggi bagi bayi yang baru lahir dan sekaligus berperanan meningkatkan kerintangan melawan penyakit. Bahkan makanan bayi tiruan yang dihasilkan melalui teknologi pemakanan terkini tidak dapat menggantikan sumber nutrisi yang sungguh menakjubkan ini.

Faedah dan manfaat susu ibu terhadap tumbesaran bayi sentiasa ditemui. Satu dari fakta yang berjaya disingkap melalui dunia sains ialah penyusuan susu ibu selama dua tahun setelah kelahiran adalah sangat berfaedah.19 Tuhan telah memberi sebuah maklumat penting yang baru ditemui oleh sains kini, dengan ayat "….. menceraikan dari susuan setelah dua tahun," 1400 tahun lalu.

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menceraikan dari susuan setelah dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah tempat kembalimu." (Surah luqman: 14)

Pengenalan Diri Dalam Cap Jari

finger prints

Everyone, including identical twins, has a unique fingerprint. In other words, people's identities are coded at their fingertips. This coding system may also be compared to the barcode system that is used today.

Ketika Allah s.w.t menyatakan dalam Al-Qur'an bahawa amat mudah bagi-Nya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan;

"Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya? Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna." (Surah al-Qiyamah: 3-4)

Kepentingan dalam cap jari mempunyai pengertian yang istimewa. Ini adalah kerana bentuk dan perincian set cap jari setiap individu adalah unik bagi dirinya. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup mempunyai satu set cap jari yang unik.

Bahkan, pasangan kembar dengan maklumat DnA yang serupa juga memiliki set cap jari yang tersendiri. Cap jari berubah menjadi bentuk yang kekal sebelum proses kelahiran dan akan kekal sepanjang hayat kecuali di sana terbentuk parut yang kekal. ini adalah sebab mengapa cap jari diterima sebagai satu bukti penting indikasi pengenalan diri yang eksklusif kepada pemiliknya malah pengetahuan tentang cap jari digunakan sebagai satu-satunya metode menentukan identiti yang tepat.

Ciri-ciri cap jari ini baru ditemui pada akhir kurun ke-19. Sebelum itu, manusia menanggap cap jari adalah struktur garis melengkung yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau maksud yang spesifik. Bagaimanapun dalam Al-Qur'an, Allah mengisyaratkan cap jari, sebuah fakta yang tidak menarik minat siapa ketika itu, sekaligus menarik tumpuan kita kepada kepentingannya - kepentingan yang akhirnya baru difahami hari ini.

Nota Kaki

9.Anthes, Richard A., John J. Cahir, Alistair B. Fraser, and Hans A. Panofsky, 1981, The Atmosphere, 3. edition, Columbus, Charles E. Merrill Publishing Company, p. 268-269; Millers, Albert; and Jack C. Thompson, 1975, Elements of Meteorology, 2. edition, Columbus, Charles E. Merrill Publishing Company, p. 141

10.Anthes, Richard A.; John J. Cahir; Alistair B. Fraser; and Hans A. Panofsky, 1981, The Atmosphere, p. 269; Millers, Albert; and Jack C. Thompson, 1975, Elements of Meteorology, p. 141-142

11.Davis, Richard A., Jr. 1972, Principles of Oceanography, Don Mills, Ontario, Addison-Wesley Publishing, p. 92-93

12.Elder, Danny; and John Pernetta, 1991, Oceans, London, Mitchell Beazley Publishers, p. 27

13.Gross, M. Grant; 1993, Oceanography, a View of Earth, 6. edition, Englewood Cliffs, Prentice-Hall Inc., p. 205

14.Seeley, Rod R.; Trent D. Stephens; and Philip Tate, 1996, Essentials of Anatomy & Physiology, 2. edition, St. Louis, Mosby-Year Book Inc., p. 211; Noback, Charles R.; N. L. Strominger; and R. J. Demarest, 1991, The Human Nervous System, Introduction and Review, 4. edition, Philadelphia, Lea & Febiger , p. 410-411

15.Seeley, Rod R.; Trent D. Stephens; and Philip Tate, 1996, Essentials of Anatomy & Physiology, 2. edition, St. Louis, Mosby-Year Book Inc., p. 211

16.Moore, Keith L., E. Marshall Johnson, T. V. N. Persaud, Gerald C. Goeringer, Abdul-Majeed A. Zindani, and Mustafa A. Ahmed, 1992, Human Development as Described in the Qur'an and Sunnah, Makkah, Commission on Scientific Signs of the Qur'an and Sunnah, p. 36

17.Moore, Developing Human, 6. edition,1998.

18.Williams P., Basic Human Embryology, 3. edition, 1984, p. 64.

19.Rex D. Russell, Design in Infant Nutrition, http:// www. icr.org/pubs/imp-259.htm