Kesimpulan

Al-Qur'an Adalah Kalam Tuhan

Semua yang telah kita perhatikan sejauh ini menunjukkan kepada kita sebuah hakikat kenyataan yang amat jelas; Al-Qur'an adalah seperti sebuah kitab di mana semua khabar yang terkandung di dalamnya telah dibuktikan dan akan terus dibuktikan sebagai benar. Fakta mengenai subjek saintifik dan pelbagai kisah mengenai kejadian di masa lalu dan hadapan, fakta yang tidak mampu difahami ketika itu telah diperincikan di dalam ayatnya. Adalah amat mustahil untuk memahami dan mengetahui seluruh keterangan ini jika dibandingkan dengan tahap pengetahuan dan kemajuan teknologi di waktu itu. Adalah jelas bahawa hal ini memberi bukti yang kukuh dan benar bahawa Al-Qur'an bukanlah kata-kata manusia. Al-Qur'an adalah kalimah Allah Maha Besar, Maha Pencipta segala sesuatu dan yang meliputi setiap sesuatu dengan pengetahuan-nya.

Dalam sepotong ayat, Tuhan berfirman di dalam Al-Qur'an Sekiranya ia datang selain dari Tuhan, mereka akan dapati banyak percanggahan di dalamnya (Surah An-nisa: 82), bukan sekadar percanggahan di dalam Al-Qur'an tetapi keterangan yang terdapat di dalamnya mendedahkan mukjizat kitab suci ini semakin bertambah dengan peredaran masa. Apa yang sewajibnya dilakukan manusia ialah berpegang erat kepada kitab ini dan menerimanya sebagai satu-satunya panduan sepanjang hayat. Al-Qur'an ini tidak dapat ditiru atau dihasilkan oleh sesiapa pun melainkan Dia. Bahkan, ia adalah pengesahan terhadap apa yang terjadi sebelum ia diturunkan dan merupakan kandungan Kitab yang tidak mengandungi sebarang keraguan dari Tuhan sekalian alam.

Al-Qur'an ini bukanlah direka oleh yang lain melainkan Allah bahkan ia membenarkan kitab di hadapannya dan menerangkannya; tidak terdapat keraguan didalamnya, daripada Tuhan semesta alam. (Surah Yunus: 37-38)

Dalam sepotong ayat-nya, Allah menyeru kepada umat manusia.

"Dan inilah Kitab yang Kami turunkan yang diberi berkat maka turutlah dan peliharalah dirimu, semoga kamu mendapat rahmat." (Surah Al-An'aam: 155)

"Mereka berkata: Maha-suci Engkau!
Kami tak mempunyai ilmu selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami.
Sesungguhnya Engkau itu Yang Maha-tahu, Yang Maha-bijaksana."
(Qur'an, 2: 32)