Allah Mengutuskan Rasul-Rasul dan Kitab-Kitab

Di dalam halaman lepas, kami telah mengemukakan contoh-contoh dan bukti-bukti untuk membantu kita merenung dan memahami sesuatu daripada kekuasaan dan keagungan Allah. Tujuan Allah menganugerahkan kita dengan kebolehan berfikir dan membuat pertimbangan adalah untuk membolehkan kita mengenali-Nya. Allah juga telah menurunkan kitab-kitab suci di mana dia menerangkan tentang diri-Nya. Dia menyampaikan apa yang dikehendaki-Nya daripada kita di dalam kitab-kitab ini. Allah telah mengangkat dan mengutus rasul-rasul yang menjadi contoh kepada kaum mereka dengan tingkah laku yang terpuji. Melalui rasul-rasul ini, risalah dan wahyu Allah yang lengkap memberikan panduan kepada manusia.

Palmiye ağaçları

Sukar untuk memastikan berapakah jumlah rasul yang telah Allah utuskan, namun begitu terdapat riwayat yang menyatakan, terdapat tiga ratus tiga belas rasul dan sejumlah besar adalah nabi sepanjang sejarah. Kita hanya mengenali nama rasul-rasul yang disebutkan di dalam Al-Quran, wahyu terakhir yang diturunkan Allah. Allah menceritakan kepada kita kehidupan nabi-nabi ini untuk membolehkan kita memahami akhlak mereka. Melalui rasul-rasul yang diutuskan-Nya, Allah membimbing kita kepada jalan hidup yang benar dan bagaimana hendak berkelakuan baik di dunia ini. Hanya melalui penyampaian Allah kita mengetahui bagaimana hendak berkelakuan baik, dan perlakuan manakah yang lebih baik dan sejajar dengan nilai ajaran Al-Quran. Hanya melalui penyampaian-Nya sahaja kita dapat mengenali perbuatan yang diredai Allah dan mendapat ganjaran-Nya, begitu juga perbuatan yang akan mendapat balasan.

Kuran-ı Kerim

Hanya kitab Al-Quran sahajalah yang merupakan kitab yang dikekalkan sehingga kini.

Di dalam Al-Quran, Allah mengingatkan kita sepanjang sejarah Dia telah mengutus rasul-rasul-Nya kepada setiap komuniti dan mereka memberikan peringatan kepada mereka. Rasul-rasul ini menyeru kaum mereka untuk menyembah Allah, memohon kepada-Nya dan mematuhi semua suruhan-Nya. Dia juga mengingatkan mereka jika mereka tidak melakukannya, mereka akan dihukum. Ringkasnya, mereka memberi amaran kepada mereka yang tidak beriman dan mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan keji, dan memberikan berita gembira kepada orang-orang beriman bahawa mereka akan diberikan ganjaran. (Persoalan Syurga dan Neraka akan dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam bahagian berikutnya). Rasul terakhir yang diutuskan Allah ialah Nabi Muhammad (S.A.W). Al-Quran pula adalah kitab terakhir.

vücut

Wahyu-wahyu Allah yang terdahulu telah kehilangan keasliannya, kerana orang-orang kafir dan mereka yang berkepentingan telah memasukkan perkataan mereka sendiri dan ceraian-ceraian tambahan ke dalamnya. Kerana itu, inti patinya yang asli, wahyu sebenar yang diturunkan kepada manusia pada mulanya, tidak sampai kepada kita hari ini. Tetapi Allah menurunkan Al-Quran, sebuah kitab yang tidak dapat diubah.

Nabi Muhammad (S.A.W), dan kemudiannya orang-orang Islam memelihara Al-Quran ini dengan baik. Al-Quran amat jelas sehinggakan siapa sahaja dapat memahaminya. Apabila kita membaca Al-Quran kita akan segera mengetahui ia adalah kalam Allah. Al-Quran, yang tetap utuh kesuciannya, berada di bawah peliharaan Allah dan ia merupakan satu-satunya kitab suci yang manusia akan dipertanggungjawabkan sehingga hari akhirat.

Hari ini, setiap Muslim, tidak kira di mana juga mereka berada, membaca Al-Quran yang sama; tidak ada satu pun kecacatan di dalam satu perkataan atau huruf. Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah (S.A.W), dan telah dikumpulkan oleh Khalifah Abu Bakr (R.A.) dan kemudian disusun oleh Khalifah Uthman (R.A.), yang hidup 1400 tahun dahulu, dan Al-Quran yang dibaca hari ini adalah serupa. Terdapat persamaan jitu dan tepat di antara satu sama lain. Ini bererti, sejak mula Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad (S.A.W), ia tetapi kekal dengan keasliannya. Kerana Allah memelihara Al-Quran daripada orang-orang jahat yang cuba mengubahnya atau menokok tambahnya. Di dalam satu ayat, Allah memaklumkan kepada kita bahawa Dialah yang memelihara Al-Quran dengan baik:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Surah Al-Hijr: 9)

Perkataan 'Kami" di dalam ayat di atas, merujuk kepada Allah sendiri. Tiada tuhan melainkan Allah, tiada sekutu. Dialah Allah Yang Maha Kuasa, Pemula kepada setiap benda dan Dia yang mempunyai pengetahuan meliputi segalanya.

Di dalam beberapa bahagian di dalam Al-Quran, Allah merujuk diri-Nya dengan "Aku", dan di dalam sebahagian yang lain pula, "Kami". Di dalam bahasa Arab, iaitu bahasa Al-Quran, perkataan "Kami" juga digunakan untuk merujuk kepada seorang individu bertujuan untuk menzahirkan rasa kekuatan dan kemuliaan kepada pendengar. Sama juga keadaannya di dalam bahasa Inggeris yang dikenali sebagai "The Royal We" ("Kami diraja"). Di dalam bahagian berikutnya di dalam buku ini, kami akan mengemukakan kepada kamu contoh ayat-ayat dan surah-surah Al-Quran. Perkataannya adalah benar belaka kerana ia adalah Kalam Allah, yang mengetahui diri kita lebih daripada diri kita sendiri.

Di dalam Al-Quran, Allah menghendaki kita mengambil pelajaran daripada kisah para nabi. Salah satu ayatnya:

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (Surah Yusuf: 111)

Orang yang Allah maksudkan di dalam ayat di atas ialah seorang yang mengetahui Al-Quran. Dia adalah Kalam Allah dan dengan demikian dia berfikir, menggunakan pertimbangan akal dan berusaha mempelajari Al-Quran dan hidup dengan ajarannya.

Allah membantu manusia dengan mengutus rasul-rasul yang bertanggungjawab menyampaikan segala arahan-Nya. Setelah menerima wahyu Allah, manusia tidak lagi berhak untuk memberikan sebarang alasan di Hari Kiamat. Kerana para rasul Allah telah menyampaikan kepada kaum mereka kewujudan Allah dan apa yang dituntut-Nya daripada manusia. Apabila seseorang itu telah mendengar pesanan ini, dia bertanggungjawab ke atasnya. Seperti yang disebutkan di dalam ayat Al-Quran:

Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah An-Nisa: 165)

Allah menjadikan banyak kumpulan manusia di muka bumi ini. Sebahagian mereka mengingkari apa yang dibawa oleh rasul-rasul ini dan malah menafikan kerasulan mereka. Kerana mereka tidak mahu mendengar cakap mereka dan mematuhi perintah Allah, maka mereka telah dihukum. Melalui para rasul-Nya, Allah juga telah memberikan amaran kepada mereka yang ingkar tentang azab di dunia. Sebaliknya, mereka masih terus menentang rasul-rasul mereka dan memfitnah mereka. Lebih daripada itu, mereka juga menjadi lebih ganas sehinggakan di dalam beberapa kejadian mereka membunuh rasul. Lantaran itu, Allah menimpakan kepada mereka hukuman yang selayaknya, dan, tidak berapa lama kemudian, komuniti-komuniti baru pula menggantikan mereka. Di dalam Al-Quran, situasi komuniti-komuniti ini dijelaskan seperti berikut:

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain. (El-En'am, 6)

U narednim poglavljima govorit ćemo o uzornom ponašanju Božijih poslanika koji su se borili sa ovakvim narodima.

Yıkıma uğrayan nesiller

Zar ne znaju koliko smo Mi pokoljenja prije njih uništili, (Surah Al-An'am: 6)

Manusia dan Nabi Pertama: Adam (a.s.)

Jika kamu masih ingat, apabila kami membicarakan tentang penciptaan manusia, kami ada menyebut manusia pertama di bumi adalah Adam (A.S). Adam juga adalah nabi pertama. Kerana, Allah juga mengutus seorang rasul kepada komuniti terawal yang dijadikan-Nya di bumi dan mengajar mereka deen (agama) mereka dan bagaimana hendak menjadi hamba yang patuh kepada Allah.

Allah mengajar Adam bercakap dan menyebutkan nama-nama. Seperti disebutkan di dalam ayat berikut:

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda ... ". (Surah Al-Baqarah: 31)

Ini amat penting. Di kalangan semua hidupan, hanya manusia mempunyai kebolehan untuk bercakap. Bercakap adalah sifat istimewa manusia. Mujurlah Allah telah awal-awal lagi memberikan kebolehan ini kepada Adam, sehingga membolehkan manusia mengetahui banyak objek di kelilingnya dan memberikannya nama.

Generasi selepas Adam juga boleh bertutur, mempunyai perasaan, merasa sedih atau gembira, memakai pakaian, menggunakan peralatan dan barang-barang dan mempunyai bakat untuk muzik dan seni. Peralatan muzik seperti seruling, lukisan dinding dan beberapa objek yang ditemui para ahli sains bersama dengan peninggalan manusia purba membuktikan mereka juga manusia seperti kita. Dengan lain perkataan, bertentangan dengan dakwaan sesetengah manusia, manusia pertama bukan hidupan liar, separuh-beruk/separuh manusia.

Çizgi filmler

In this book, you can read about the falsity of the theory of evolution, which asserts that living beings came into existence by accident.

Kamu sedia maklum, sama ada beruk atau hidupan lain tidak dapat bertutur, berfikir atau bergerak seperti seorang manusia. Allah hanya memberikan kebolehan-kebolehan ini istimewa untuk manusia. (Untuk maklumat lanjut berkaitan tajuk ini sila rujuk buku Harun Yahya, The Wonder of Allah's Creation - Keajaiban Ciptaan Allah)

Tetapi sebahagian manusia yang tidak mahu menerima manusia pertama adalah Adam, telah mengemukakan beberapa dakwaan mereka sendiri; mereka membina identiti palsu manusia pertama. Berdasarkan kepada senario khayalan mereka, manusia dan beruk berasal daripada hidupan yang sama, bererti, mereka mempunyai moyang yang sama, dan berkembang dengan peredaran masa ke peringkat masing-masing. Jika kamu bertanya bagaimana peristiwa aneh ini boleh berlaku, mereka akan memberikan satu jawapan: "Ia berlaku secara kebetulan". Jika kamu meminta sebarang bukti untuk membuktikan dakwaan mereka, mereka tidak dapat mengemukakannya. Kesimpulannya, tidak ada walau satu pun tinggalan sejarah membuktikan manusia berkembang daripada benda lain.

Jika kamu bertanya, "Apakah tinggalan dari masa silam?", mereka akan menjawab: Beberapa hidupan purba dahulu meninggalkan kesan apabila mereka mati, dan kesan ini yang kita gelar fosil, kekal selama berjuta-juta tahun tanpa berubah. Tetapi, untuk melakukannya hidupan tersebut perlu terperangkap di dalam keadaan tanpa oksigen. Contohnya, jika seekor burung di atas tanah ditimpa timbunan pasir berjuta-juta tahun dahulu, saki baki burung ini masih kekal sehingga ke hari ini. Sama juga dengan sejenis bahan khas di dalam pokok digelar damar. Kadangkala, bahan seperti madu ini menutupi serangga dan mengubahnya menjadi bahan keras digelar ambar, yang mengawet serangga mati selama berjuta-juta tahun. Dengan cari inilah kita mendapat maklumat tentang hidupan purba. Tinggalan ini digelar "fosil".

Bal arıları

There is no difference between ants, frogs or fish living in our day and their fossilised relatives shown in the pictures.

Mereka yang mendakwa manusia pertama berasal daripada makhluk seperti beruk, tidak dapat mengemukakan sebarang fosil bagi membuktikan dakwaan mereka. Dengan kata lain, tiada siapa pun pernah menemui satu fosil milik satu makhluk aneh manusia beruk. Tetapi mereka telah menghasilkan fosil, gambar dan lukisan palsu untuk menutup kesilapan ini, dan telah memasukkannya ke dalam buku-buku teks.

Semua penipuan ini telah didedahkan satu persatu dan diumumkan sebagai penipuan saintifik. Disebabkan mereka tidak bijak dan keras kepala, mustahil bagi mereka menerima kewujudan Allah dan menyedari Dia menjadikan segalanya. Walaupun jumlah mereka ini semakin berkurangan, tetapi masih terdapat mereka yang berusaha menyebarkan pandangan salah mereka melalui majalah, buku dan akhbar, dan malah di sekolah. Untuk membuatkan manusia percaya dengan pandangan salah mereka, mereka berkeras dengan penjelasan mereka dan mendakwa mereka mempunyai bukti saintifik. Tetapi, setiap penyelidikan yang telah dijalankan dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh para ahli sains bijaksana membuktikan beruk tidak berkembang menjadi manusia.

Adam, manusia pertama yang dijadikan Allah, adalah sepenuhnya sama dengan manusia kini; dia tidak sedikitpun berbeza. Ini adalah kenyataan yang telah Allah maklumkan di dalam Al-Quran. Bagaimanapun, terdapat satu lagi isu penting yang Allah maklumkan kepada kita tentang Adam: Kisah Adam dan musuh utama manusia iaitu syaitan.

Gün batımı

Musuh Utama Manusia: Syaitan

Kamu mungkin telah mengetahui tentang syaitan, tetapi tahukah kamu dia lebih mengenali kamu dan akan menggunakan apa sahaja cara untuk menggoda kamu? Tahukah kamu matlamat utama syaitan, yang menyamar sebagai rakan kamu, adalah untuk menipu kamu? Mari kita mulakan dengan yang paling asas dan mengingatkan diri kita mengapa syaitan adalah musuh kita. Untuk tujuan itu, kita akan beralih kepada kisah Adam dan syaitan di dalam Al-Quran.

Di dalam Al-Quran, syaitan adalah nama khas yang digunakan sehingga kiamat kepada semua hidupan yang berusaha menyesatkan manusia. Iblis adalah ketua makhluk jahat yang telah menderhaka kepada Allah apabila Dia menjadikan Adam.

Menurut Al-Quran, Allah telah menjadikan Adam dan memanggil para malaikat untuk bersujud kepadanya. Para malaikat mematuhi perintah Allah, tetapi Iblis tidak mahu sujud kepadanya. Dia mendakwa dirinya lebih tinggi daripada manusia. Kerana keingkaran dan keangkuhannya, dia telah disingkirkan. Sebelum meninggalkan Allah, dia meminta daripada-Nya tempoh untuk menyesatkan manusia. Matlamat Iblis ialah untuk menggoda manusia dan memalingkan mereka daripada landasan yang benar dengan tempoh masa yang diberikan kepadanya. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjadikan majoriti manusia menyembahnya. Allah berfirman bahawa Dia akan memasukkan Iblis dan kuncu-kuncunya ke dalam neraka. Ia disebutkan di dalam ayat berikut:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".

Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".

Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;" (Surah Al-A'raaf: 11-18)

Setelah dihalau daripada syurga, syaitan telah memulakan permusuhan yang akan berterusan sehingga Hari Kiamat. Sejak itu, dengan liciknya dia menghampiri manusia, merancang untuk menyesatkan mereka dan menggunakan berbagai cara untuk tujuan ini. Sekarang kamu sedar, syaitan adalah musuh yang dapat menghampiri kamu dengan liciknya. Kerana itu kamu hendaklah selalu berwaspada untuk menghindarinya.

Jangan lupa syaitan berbohong di dalam serangannya sekarang untuk menentang kamu. Dia cuba menghentikan kamu daripada membaca buku ini dan daripada memikirkan apa yang telah kamu baca. Dia sedang menghalang kamu daripada melakukan perbuatan yang baik, dan dia cuba menjadikan kamu seorang yang biadab dan degil terhadap kedua orang tua kamu, dan menyekat kamu daripada mensyukuri Allah, bersembahyang dan sering berkata benar.

Jangan sesekali biarkan syaitan menipu kamu dan menghalang kamu daripada menjadi seorang yang berperwatakan murni dan menggunakan akal.

Kamu mesti mendapatkan pelindungan Allah dan memohon pertolongan daripada-Nya apabila kamu berfikiran jahat atau ketika kamu mendapati diri kamu enggan melakukan kebaikan, kerana semua ini adalah tipu daya syaitan. Jangan lupa syaitan tidak dapat melakukan apa-apa kepada mereka yang beriman.

Nabi Nuh (a.s.)

Nabi Nuh (alaihis-salam), seperti juga nabi-nabi lain, menyeru kaumnya kepada jalan yang benar. Dia memberitahu mereka bahawa mereka perlu beriman kepada Allah, Pencipta segala sesuatu, dan bahawa mereka tidak menyembah selain daripada-Nya, jika tidak mereka akan dihukum. Seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran:

Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Nabi Nuh lalu ia memberitahu kaumnya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ini seorang Rasul pemberi amaran yang nyata kepada kamu.

"Iaitu janganlah kamu menyembah melainkan Allah; sesungguhnya aku bimbang (jika kamu menyembah yang lainnya), kamu akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan". (Surah Hud: 25-26)

Dengan mengetepikan semua amaran ini, hanya sebahagian kecil sahaja daripada kaumnya yang beriman dengan Nabi Nuh. Kerana itu, Allah memerintahkan Nabi Nuh membina sebuah bahtera besar. Allah memaklumkannya bahawa orang-orang beriman akan selamat di atas bahtera tersebut.

Pembinaan bahtera Nabi Nuh yang tidak dilakukan di laut telah mengejutkan mereka yang tidak beriman kepada Allah, dan kerana itu mereka mentertawakannya. Mereka yang tidak beriman tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada mereka, tetapi Allah tahu. Setelah bahtera tersebut siap dibina, hujan lebat telah turun selama beberapa hari dan air mula naik ke darat, membanjiri semua. Bencana bersejarah ini telah disahkan oleh para ahli sains. Di Timur Tengah, banyak bukti ditemui menunjukkan kebanyakan gunung hari ini pernah dilimpahi air. Di dalam televisyen, kamu mungkin pernah melihat banyak banjir berlaku di berbagai pelosok dunia. Di dalam bencana seperti ini, selalunya manusia akan naik ke bumbung dan menanti bantuan. Di dalam situasi ini hanya helikopter dan bot dapat menyelamatkan mereka. Bagaimanapun, pada zaman Nabi Nuh (a.s.), hanya bahtera tersebut dapat menyelamatkan mereka. Bencana ini yang dinamakan "Banjir Nabi Nuh", adalah azab yang diturunkan Allah untuk menghukum mereka yang tidak beriman dengan Nabi Nuh. Disebabkan mereka meminta pertolongan selain daripada Allah, tidak seorangpun daripada mereka yang memekakkan telinga dengan amaran Allah ini menaiki bahtera Nabi Nuh. Mereka tidak meletakkan keyakinan mereka kepada Allah, sebaliknya kepada manusia lain.

Hz. Nuh'un gemisi

Melainkan dengan kehendak Allah, tiada siapa dapat melindungi kita. Manusia pada masa itu yang menolak hakikat ini telah memanjat gunung-ganang dan berpindah ke kawasan tinggi, tetapi ia masih tidak dapat menyelamatkan mereka daripada lemas.

Tufan

Sebahagian daripada mereka yang beriman kepada Allah dan meyakini-Nya, dan ia telah membawa mereka menaiki bahtera bersama Nabi Nuh dan menyelamatkan mereka. Berdasarkan kepada arahan Allah, mereka telah membawa sepasang haiwan daripada setiap spesies bersama mereka. Seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran:

Hz. Nuh'un gemisi

Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya dengan berkata: "Ia seorang gila"; dan ia telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah agama).

Lalu ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaum ku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!"

Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.

Dan Kami jadikan bumi memancarkan mataair–mataair (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.

Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku;

Yang belayar laju dengan pemeliharaan dan pengawasan Kami; (Kami melakukan yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi orang-orang yang kufur ingkar!

Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf?

Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu. (Surah Al-Qamar: 9-16)

Semua nabi yang diutuskan kepada kaum mereka sendiri bagi menyampaikan pelajaran yang sama dan menyeru kaumnya menyembah Allah dan mentaati para nabi. Sebagai balasan, mereka tidak meminta sebarang ganjaran kerana mereka yang diutuskan Allah untuk menyampaikan perintah-Nya tidak akan melakukannya. Mereka menjalankan kerja mereka semata-mata kerana kecintaan mereka kepada Allah dan ketakwaan kepada-Nya. Sementara itu, mereka juga berhadapan dengan berbagai kesukaran: Kaum mereka memfitnah dan memperlakukan mereka dengan layanan yang kejam. Lebih daripada itu, sebahagian mereka merancang untuk membunuh nabi yang diutuskan kepada mereka, dan sebahagian daripada mereka tergamak melakukannya. Tetapi, disebabkan para nabi ini hanya takutkan Allah bukan yang selain daripada-Nya, maka tiada kesukaran yang dapat melemahkan mereka. Mereka tidak pernah lupa Allah akan memberikan mereka ganjaran yang melimpah ruah di dunia dan di akhirat.

Nabi Ibrahim (a.s.)

Di dalam bahagian ini, kami akan memperkatakan tentang sikap beberapa orang nabi yang Allah sebutkan di dalam Al-Quran.

Gün batımı

Nabi Ibrahim, (alaihis-salam) merupakan salah seorang nabi-nabi ini. Ketika baginda masih muda, tiada sesiapa yang mengingatkannya tentang kewujudan Allah, oleh itu, baginda memerhati langit dan ini menyedarkannya bahawa Allah telah menjadikan segalanya. Peristiwa ini disebutkan di dalam Al-Quran:

Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".

Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".

Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaum ku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).

"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)". (Surah Al-An'am: 76-79)

Nabi Ibrahim (a.s.), memberitahu kaumnya supaya tidak menyembah tuhan selain daripada Allah:

Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.

Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah?"

Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya".

Nabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?

Ateş

"Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?"

Mereka menjawab: "(Tidak satu pun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian".

Nabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? –

"(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?

"(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhku, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;

"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepada ku;

"Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum,

"Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;

"Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;

"Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat" (Surah Asy-Syua'ra: 69-82)

Musuh-musuh Nabi Ibrahim cuba membunuhnya apabila baginda menyeru mereka beriman kepada Allah. Mereka menyalakan api yang besar dan mencampakkannya ke dalamnya. Tetapi Allah memelihara dan menyelamatkannya daripada api tersebut. Ini diceritakan di dalam Al-Quran seperti berikut:

Kemudian, seruan Nabi Ibrahim tidak dijawab oleh kaumnya melainkan dengan kata-kata (tentangan yang keras): "Bunuhlah dia atau bakarlah dia". Maka Allah selamatkan Nabi Ibrahim dari api (yang disediakan oleh kaumnya). Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang (mahu) beriman. (Surah Al-Ankabuut: 24)

Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ". (Surah Al-Anbiya: 69)

Allahlah yang menjadikan dan mengawal segalanya. Dengan kehendak Allah api tersebut tidak membakar Nabi Ibrahim. Ini adalah mukjizat Allah dan penyataan kekuatan-Nya. Tiada apa yang dapat berlaku tanpa kehendak dan kawalan-Nya. Tanpa kehendak-Nya, tiada siapa dapat mencederakan atau membunuh manusia lain. Allah mengingatkan kita di dalam Al-Quran:

Kelebek

Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu satu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah) ... (Surah Ali ‘Imran: 145)

Baginda tidak mati walaupun setelah dicampakkan ke dalam api, kerana ajalnya yang telah ditetapkan Allah belum sampai. Allah menyelamatkannya daripada api. Di dalam satu ayat, Allah menyatakan kepada kita Nabi Ibrahim adalah seorang berperwatakan contoh:

Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti. (Surah Hud: 75)

Allah menyayangi manusia yang taat kepada-Nya dengan sepenuh hati. Seperti yang dijelaskan ayat ini, jangan menderhaka, memiliki perangai yang baik, patuh kepada arahan-arahan Allah adalah sifat-sifat terpuji pada pandangan Allah.

Nabi Musa (a.s.)

Tevrat

Nakon Musaove smrti, neki ljudi sa zlim namjerama su promijenili Tevrat. Tako su nastale knjige, Tora i Stari Zavjet, koje su uveliko različite od prave knjige koja je objavljena Musau,a.s.

Nabi Musa, (alaihis-salam) adalah seorang nabi yang sering Allah sebut namanya di dalam Al-Quran. Allah menurunkan kepada Nabi Musa kitab Taurat. Tetapi hari ini, Taurat Yahudi dan Perjanjian Lama kitab Injil agama Kristian telah kehilangan keasliannya, kerana perkataan dan penambahan yang telah dimasukkan oleh manusia ke dalamnya. Tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian hari ini membaca kitab-kitab yang telah diubah menganggap ia adalah kitab asal yang diturunkan Allah. Orang-orang Yahudi telah menyimpang daripada landasan sebenar kerana kitab yang mereka yakini bukan lagi kitab suci yang dibawa oleh Nabi Musa (a.s.).

Kita mengetahui semua kisah hidup dan perwatakan baik Nabi Musa daripada Al-Quran. Seperti yang Al-Quran ceritakan kepada kita, raja Mesir purba dikenali sebagai "Firaun". Kebanyakan firaun-firaun ini tidak beriman kepada Allah dan menganggap diri mereka tuhan. Allah mengutus Nabi Musa kepada pemerintah paling kejam.

Satu fakta penting yang perlu kita perkatakan ketika membaca kisah hidup Nabi Musa ini ialah "takdir". Peristiwa-peristiwa yang membawanya ke istana Firaun: Ketika Nabi Musa dilahirkan, Firaun mengarahkan askarnya membunuh semua bayi lelaki yang dilahirkan di kawasannya. Nabi Musa (a.s.), salah seorang yang berhadapan bahaya ini. Allah mengarahkan ibunya meninggalkannya di dalam sebuah peti di sungai dan memberi jaminan dia akan kembali kepadanya sebagai seorang nabi. Ibu baginda meletakkannya ke dalam sebuah peti dan meninggalkannya di dalam air. Peti ini terapung di atas air dan tidak lama kemudian sampai ke pantai istana Firaun, di mana isteri Firaun menemuinya. Dia mengambil bayi tersebut dan memutuskan untuk memeliharanya di istana. Sehingga, tanpa disedari, Firaun telah memelihara seorang yang akan menyampaikan wahyu Allah kepadanya dan menentang pandangan salah beliau. Allah telah menetapkan segalanya dengan ilmunya, dan Dia juga tahu Firaun akan menemui Nabi Musa (a.s.), dan membesarkannya di dalam istananya.

Firavun

Der König im alten Ägypten wurde "Pharao" genannt. Die Mehrheit der Pharaonen waren sehr arrogante Menschen, die nicht an Allah geglaubt und sich selbst als Gott betrachtet haben.

Ketika Nabi Musa dilahirkan, Allah tahu baginda akan ditinggalkan di sungai, kemudian akan ditemui Firaun dan Musa akan menjadi seorang nabi. Demikianlah Allah menetapkan takdir Nabi Musa dan Dia menyampaikannya kepada ibunya.

Firavun yönetimi

Bani Israel telah diperhamba Firaun di Mesir. Di bawah ini kamu dapat melihat mereka yang dipaksa melakukan kerja-kerja berat.

Pada peringkat ini, kita mesti berikan perhatian kepada kenyataan bahawa setiap perincian di dalam hidupnya berlaku berdasarkan kepada takdir yang telah Allah tetapkan.

Apabila baginda dewasa, Nabi Musa meninggalkan Mesir. Tidak berapa lama kemudian, Allah telah melantiknya menjadi seorang nabi dan rasul dan membantunya dengan saudaranya, Nabi Harun, 'alaihimas-salam.

Keduanya telah pergi menghadap Firaun dan menyampaikan pesanan Allah kepadanya. Ini adalah tugas yang amat sukar, tetapi tanpa ragu-ragu mereka telah menyeru seorang pemerintah yang zalim untuk mempercayai Allah dan menyembah-Nya. Seruan Nabi Musa ini telah dicatatkan di dalam Al-Quran seperti berikut:

Kemudian Kami mengutuskan Nabi Musa selepas Rasul-rasul itu, dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Firaun dan Ketua-ketua kaumnya, lalu mereka berlaku zalim (ingkar) akan ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakan.

Dan berkatalah Nabi Musa: "Hai Firaun! Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.

"Sudah semestinya aku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, bebaskanlah Kaum Bani Israil menyertai aku (ke Palestin). (Surah Al-A'raaf: 103-105)

Firaun adalah seorang yang bongkak dan sombong. Mendakwa dia dapat mengawal segalanya, dia mengingkari Allah. Allah telah menganugerahkan kepadanya segala yang dimilikinya, kekuatannya dan negara, tetapi kerana Firaun kurang bijak, dia tidak dapat memahami perkara ini.

Kölelik

Okrutni faraon je mučio one koji su slijedili Musaa ,a.s., i porobio ih je

Firaun menentang Nabi Musa dan tidak langsung beriman dengan Allah, dia juga, seperti yang disebutkan terdahulu, seorang yang sangat zalim. Dia menjadikan Bani Israil sebagai hamba-hambanya. Apabila telah jelas Firaun cuba menghapuskan Nabi Musa dan semua orang yang beriman, mereka telah melarikan diri daripada Mesir di bawah pimpinan Nabi Musa. Nabi Musa (a.s.), dan kaum Bani Israil terperangkap di antara laut dan tentera-tentera Firaun yang mengejar mereka. Tetapi, walaupun berada di dalam keadaan yang paling genting sekali pun Nabi Musa tidak pernah patah semangat dan hilang kepercayaan kepada Allah. Allah telah membelah laut tersebut kepada dua dan membuka laluan di dalam laut tersebut untuk membolehkan kaum Bani Israil menyeberanginya. Ini adalah mukjizat menakjubkan yang diberikan Allah kepada Nabi Musa. Setelah Bani Israil tiba ke pantai seberang, laut yang terbelahpun kembali bercantum, menenggelamkan Firaun dan tentera-tenteranya.

Göç

Bani Israel telah diperhamba Firaun di Mesir. Di bawah ini kamu dapat melihat mereka yang dipaksa melakukan kerja-kerja berat.

Allah merakam peristiwa mukjizat ini di dalam Al-Quran seperti berikut:

(Keadaan mereka) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu Kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut), kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim. (Surah Al-Anfaal: )

Apabila Firaun menyedari dia akan mati, dia mendakwa telah beriman dengan Allah dan dengan itu dia cuba menyelamatkan dirinya. Kita tidak tahu sama ada penyesalannya pada saat-saat akhir ini berguna, kerana Allah hanya menerima jika penyesalan kita adalah ikhlas dan sebelum saat kematian. Allah itu Maha Pengasih. Jika penyesalan hanya dirasai ketika saat kematian, sudah tentu ia tidak ikhlas, taubat seperti ini tidak akan menyelamatkan sesiapa. Mungkin inilah yang berlaku kepada Firaun. Tetapi hanya Allah mengetahui. Apabila kita membaca kisah ini, kita hendaklah memohon kepada Allah sepanjang hidup kita dan tidak melakukan kesilapan Firaun. Jika kita gagal, merasa kesal pada saat-saat kematian sudah tidak berguna.

Hz. Musa - denizin yarılması

Nabi Musa, ('alaihis-salam) dan kaum Bani Israil terperangkap di antara laut dan tentera-tentera Firaun yang mengejar mereka. Tetapi, walaupun berada di dalam keadaan yang paling genting sekalipun Nabi Musa tidak pernah patah semangat dan hilang kepercayaan kepada Allah. Allah telah membelah laut tersebut kepada dua dan membuka laluan di dalam laut tersebut untuk membolehkan kaum Bani Israil menyeberanginya. Ini adalah mukjizat menakjubkan yang diberikan Allah kepada Nabi Musa. Setelah Bani Israil tiba ke pantai seberang, laut yang terbelah pun kembali bercantum, menenggelamkan Firaun dan tentera-tenteranya.

Nabi Yunus (a.s.)

Tidak kira betapa tertekan dan sukarnya satu situasi, seseorang itu hendaklah sentiasa mempercayai Allah dan memohon pertolongan daripada-Nya. Seperti yang telah kami sebutkan di dalam bab-bab lepas, Nabi Musa ('alaihis-salam) tidak pernah putus harapan apabila dia terperangkap di antara tentera Firaun dan Laut Merah, tetapi dia sentiasa yakin kepada Allah. Nabi Yunus ('alaihis-salam) juga mempamerkan sikap yang serupa.

Walaupun, baginda telah ditugaskan Allah untuk memberi ingatan kepada mereka, Nabi Yunus (a.s.) sebaliknya telah meninggalkan mereka dan tidak memberi ingatan kepada mereka. Kerana itu, Allah telah mengenakan kepadanya beberapa ujian: Pertama, dia telah dibuang daripada kapal yang dinaikinya untuk belayar. Kemudian seekor ikan gergasi telah menelannya. Ini menyebabkannya merasa menyesal di atas segala perlakuannya, dia kembali bertaubat kepada Allah, memohon perlindungan daripada-Nya. Kisah ini disebutkan di dalam Al-Quran seperti berikut:

Dan (sebutkanlah peristiwa) Dhun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami). (Surah Al-Anbiya: 87-88)

Di dalam Al-Quran Allah telah menceritakan apa yang akan terjadi kepadanya sekiranya dia tidak meyakini Allah dan memohon kepada-Nya.

Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),

Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.

Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.

Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.

Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih. (Surah As-Saaffaat: 143-147)

Allah telah menyelamatkannya daripada situasi yang paling genting. Ini adalah bukti jelas bahawa manusia tidak sepatutnya berputus asa dengan pertolongan Allah. Pengalaman Nabi Yunus ('alaihis-salam) adalah pengajaran kepada orang-orang beriman: Jangan menangguhkan sebarang pekerjaan, walaupun ia sangat sukar, dan kita hendaklah sentiasa memohon kepada Allah dan meminta pertolongan daripada-Nya.

Balina

Nabi Yunus telah dicampakkan daripada kapal ke laut. Kemudian, seekor ikan gergasi menelannya. Allah

Nabi Yusuf (a.s.)

Di dalam Al-Quran kita akan menemui perincian lengkap kisah Nabi Yusuf, ('alaihis-salam).

Di sini, kita hanya akan menceritakannya secara ringkas dan melihat sifat-sifat terpuji yang ada padanya. Yusuf adalah salah seorang putera Nabi Ya'qub ('alaihimas-salam). Ketika baginda masih kecil, dia telah dihumban ke dalam perigi oleh abang-abangnya kerana iri hati kepadanya. Mereka memberitahu ayahanda mereka seekor serigala telah memakannya. Penggembala di dalam sebuah kafilah telah menemuinya dan menjualnya di istana seorang pembesar Mesir. Di sana, dia telah difitnah dan dipenjarakan selama beberapa tahun. Dia akhirnya didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Disebabkan baginda adalah seorang yang bijaksana dan amanah dan kerana dia sama sekali tidak bersalah, pemerintah Mesir telah meletakkan harta negara dan gudang di bawah kekuasaannya.

Develer

Travellers in a caravan found Yusuf in a well and sold him at the palace of
a nobleman in Egypt.

Akhirnya, Nabi Yusuf telah memaafkan saudara-saudara yang telah menzaliminya dan membawa mereka dan ibubapa mereka tinggal bersama dengannya. Nabi Yusuf (a.s.) mempunyai sikap terpuji. Allah telah mengujinya dengan berbagai cara, menyelamatkannya daripada perigi, menyelamatkannya daripada situasi keji dengan menghantarnya ke penjara dan kemudian menyelamatkannya daripada penjara dan membersihkan nama baiknya, akhirnya menganugerahkannya dengan kedudukan yang tinggi. Di dalam setiap situasi, Nabi Yusuf (a.s.) berpaling kepada Allah dan memohon kepada-Nya. Walaupun tidak bersalah, dia telah dipenjarakan selama beberapa tahun, tetapi dia tidak pernah lupa ini adalah ujian daripada Allah. Di dalam penjara beliau sering menyebut kekuasaan Allah dan keagungan-Nya kepada mereka yang berada di sekelilingnya. Ketaatan dan keyakinannya kepada Allah di dalam keadaan-keadaan genting ini membuktikan sikapnya yang mulia.

Nabi Ayyub (a.s.)

Tabah berhadapan dengan apa sahaja yang dihadapinya adalah satu sikap istimewa orang Islam. Nabi Ayyub ('alaihis-salam) telah diuji dengan kehilangan keluarga dan kekayaannya, dan juga dengan penyakit serius yang benar-benar menyeksanya. Nabi Ayyub hanya memohon pertolongan daripada Allah dan meyakini-Nya. Allah menjawab doanya dan mengajarnya untuk menjadi sihat semula. Teladan yang ditujukan oleh Nabi Ayyub dan doanya telah dicatatkan di dalam Al-Quran seperti berikut:

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayyub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".

Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).

Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya): "Ambillah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukullah (isterimu) dengannya; dan janganlah engkau merosakkan sumpahmu itu". Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayyub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya). (Surah Saad: 41-44)

Jika kita dihinggapi penyakit, mengalami kesusahan atau kesulitan, kita segera berputus asa. Malah sebahagian yang lain mungkin menjadi kufur kepada Allah. Tetapi, sikap seperti ini tidak disukai Allah. Seperti Nabi Ayyub, Allah menurunkan berbagai musibah kepada hamba-hamba-Nya, tetapi penderitaan seperti ini mematangkan orang-orang beriman dan menguji ketaatan mereka kepada Allah.

Akarsu

Ketika berhadapan dengan musibah-musibah ini kita hendaklah berdoa kepada Allah dan meyakini-Nya. Kita hendaklah menjadi seorang yang tabah seperti Nabi Ayyub ('alaihis-salam) dan berpaling kepada Allah. Hanya dengan itu, Allah akan menghilangkan kesulitan kita dan memberikan kita ganjaran di dunia dan di akhirat.

Nabi 'Isa (a.s.)

Allah menjadikan Nabi 'Isa ('alaihis-salam) dengan cara istimewa. Seperti Nabi Adam, Allah menjadikannya tanpa ayah. Ini diceritakan di dalam Al-Quran seperti berikut:

Çiçekler

Isaov slučaj je u Allaha isti kao i slučaj Ademov: od zemlje ga je stvorio, a zatim rekao : "Budi!" – i ono bi. (Surah Ali 'Imran: 59)

Di dalam Al-Quran, Nabi 'Isa ('alaihis-salam) dirujuk sebagai "anak Maryam". Maryam adalah seorang wanita mulia yang dijadikan Allah sebagai contoh kepada wanita-wanita lain. Dia adalah seorang perawan suci dan beriman kepada Allah. Allah memberikannya 'Isa melalui malaikat Jibrail secara mukjizat tanpa ayah, dan khabar gembira anaknya akan dilantik menjadi nabi.

Allah menjadikan 'Isa seorang nabi dan menurunkan kepadanya kitab Injil, salah sebuah daripada kitab-kitab suci yang Allah turunkan kepada manusia. (Selepas Nabi 'Isa menghilangkan diri, Injil juga telah diubah oleh manusia. Hari ini, kita tidak mempunyai kitab Injil yang sebenar, dan kitab yang orang-orang Kristian gelar sebagai Bible, bukan kitab sebenar). Allah memerintahkan Nabi 'Isa membimbing kaumnya ke jalan yang benar dan menganugerahkannya dengan berbagai mukjizat. Baginda telah bertutur ketika masih berada di dalam buaian dan memberitahu manusia tentang Allah. Nabi 'Isa juga memberikan khabar gembira tentang Nabi Muhammad (Ahmad) (S.A.W), rasul Allah yang akan menggantikannya, diceritakan di dalam Al-Quran seperti berikut:

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!" (Surah As-Saff: 6)

Pada zaman itu, tidak ramai yang beriman dengan Nabi 'Isa atau menolongnya. Musuh-musuh Nabi 'Isa merancang plot untuk membunuhnya. Mereka menyangka telah berjaya menangkap dan menyalibnya. Tetapi di dalam Al-Quran Allah menceritakan bahawa baginda tidak dibunuh:

Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuanpun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. (Surah An-Nisa: 157)

Selepas Nabi 'Isa menghilangkan diri, musuh-musuhnya cuba mengubah wahyu-wahyu yang dibawanya. Mereka mula menggambarkan Nabi 'Isa dan Maryam sebagai makhluk luar biasa dan malah "tuhan". Sehingga kini, masih terdapat mereka yang mempercayai kepercayaan karut ini. Di dalam perkataan Nabi 'Isa sendiri, Allah memaklumkan kepada kita kepalsuan kepercayaan ini:

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: 'Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah?'" Nabi 'Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib."

"Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: 'Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu' dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Maidah: 116-117)

Selepas kehilangannya, jumlah mereka yang beriman kepadanya bertambah dengan banyak sekali, tetapi hari ini mereka mengikut jalan yang salah kerana mereka mengikut Bible, yang telah diubah dengan penambahan dan pengurangan.

Jalan yang benar kini ialah jalan yang Nabi Muhammad (s.a.w.) bawa kita kepadanya, seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran, kerana ia adalah satu-satunya wahyu Allah yang tidak diubah.

Çiçekler

Nabi Muhammad (s.a.w.)

Kita mengetahui lebih banyak tentang rasul Allah Nabi Muhammad (s.a.w.), kerana baginda adalah nabi terakhir dan telah hidup 1,400 tahun dahulu. Manusia telah mengubah dan memesongkan semua agama Allah yang diturunkan sebelumnya. Kerana itulah, kitab terakhir yang akan dipegang oleh manusia hingga Hari Kiamat telah diturunkan kepada nabi kita: untuk membetulkan semua penyelewengan yang dilakukan di dalam agama-agama dahulu. Allah menyampaikan apa yang dituntut daripada hamba-hamba-Nya melalui Al-Quran. Nabi kita berhadapan dengan berbagai kesukaran ketika menyampaikan ajaran Allah kepada manusia.

Çiçekler

Došao vam je Poslanik, jedan od vas, teško mu je što će te na muke udariti, jedva čeka da Pravim putem pođete, a prema vjernicima je blag i milostiv. (Et-Tevba, 128)

Berbagai tohmahan tidak berasas telah dilemparkan kepadanya, sedangkan baginda tidak pernah meminta sebarang ganjaran daripada mereka dan tidak mempunyai kepentingan duniawi. Baginda telah dipaksa berpindah daripada Mekah, tanah kelahirannya. Orang-orang Islam pertama mengikutnya juga telah diseksa, sebahagian mereka telah didera dan dizalimi. Tetapi Allah tidak membenarkan orang-orang kafir menghancurkan agama Islam yang tidak dapat diselewengkan sehingga kini. Bertepatan dengan janji Allah, setiap perkataan di dalam Al-Quran selamat dan sempurna.

Seruan Nabi Muhammad (s.a.w.) juga ditujukan kepada manusia yang hidup hari ini. Allah memerintahkan semua manusia mentaati rasul-Nya, dan di dalam banyak ayat Dia menegaskan mentaati rasul-Nya adalah sama dengan mentaati-Nya. Kerana itu, mentaati nabi adalah salah satu prinsip terpenting di dalam Islam. Ketaatan sepenuh hati untuk melaksanakan arahan nabi kita adalah satu manifestasi kepada ketaatan kepada Allah. Di dalam Al-Quran Allah menyebutkan tingkah laku mulia nabi kita, yang menjadi contoh kepada semua manusia. Sebahagian daripada ayat-ayat tersebut adalah:

Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Ahzab: 40)

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali 'Imran: 164)

Dengan ayat yang bermula dengan perkataan, "Bacalah...", Allah memerintahkan Nabi Muhammad (s.a.w.) bagaimana hendak menyampaikan ajaran-Nya. Melalui ayat ini dan ayat-ayat lain, nabi kita menyampaikan ajaran Allah kepada manusia. Isteri baginda Aishah (R.A.) menyatakan, "Akhlak baginda adalah Al-Quran". Beliau maksudkan ialah baginda mematuhi Al-Quran sepenuhnya, dan kita tahu Sunnah adalah manifestasi praktikal bagaimana mengikut Al-Quran. Di dalam sepotong ayat, Allah menyatakan sesiapa yang bertakwa kepada Allah dan mahu diampuni hendaklah mentaati Rasulullah (s.a.w.):

Filler

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Ali 'Imran: 31)

Seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas, jika kita mahu Allah menyayangi kita, kita hendaklah mengikut apa segala seruan nabi dan mengamalkannya.