Allah Menjadikan Kita Semua

Kamu mungkin sering mendengar orang menyebut "Allah". Mereka sering menggunakan ayat seperti, "Semoga Allah memberkatimu", "Jika Allah izinkan", "In-sya-Allah" dan berbagai lagi.

Ini adalah kenyataan yang sering digunakan apabila seseorang itu mengingati Allah, berdoa kepada-Nya atau mengagungkan-Nya.

Contohnya, "Semoga Allah melindungimu", menunjukkan Allah mempunyai kuasa tidak terbatas ke atas kamu dan semua benda – yang hidup atau yang mati - di sekeliling kamu. Hanya Allah yang dapat menyelamatkan kamu, ayah, ibu dan kawan-kawan kamu daripada kejahatan. Kerana itulah ayat ini sering digunakan ketika berlaku bencana alam atau peristiwa-peristiwa tidak diingini. Fikirkan sejenak: bolehkah ibu kamu, ayah atau sesiapa sahaja yang kamu kenali menyekat bencana alam ini, seperti banjir? Sudah tentu mereka tidak dapat melakukannya, kerana Allah yang menimpakan semua bencana ini ke atas manusia dan sudah tentu hanya Dia yang dapat menahannya.

mountain_view

Perkataan "In-sya-Allah" bererti "Jika Allah kehendaki". Kerana itu, apabila kamu hendak melakukan sesuatu atau tidak mahu melakukan sesuatu, adalah penting kita berkata, "In-sya-Allah". Kerana hanya Allah mengetahui masa hadapan.

Contohnya, jika seorang kawan kamu menyatakan, "Saya akan pergi ke sekolah esok", dia telah melakukan kesilapan, kerana kita tidak tahu sama ada Allah akan membenarkannya berbuat demikian di masa hadapan. Mungkin dia akan sakit dan tidak dapat pergi ke sekolah atau keadaan cuaca yang buruk mungkin menyebabkan kelas dibatalkan.

Kerana itulah, kita menyebut "In-sya-Allah" apabila kita menyatakan sesuatu di masa hadapan, dan mengakui Allah mengetahui segalanya dan kita tidak mungkin mengetahui melebihi apa yang Allah ajarkan. Kerana itu kita hendaklah menghormati Tuhan kita yang mempunyai kekuasaan dan kebijaksanaan tidak terbatas.

Di dalam ayat Al-Quran, Allah memberitahu kita bahawa Dia mahukan supaya kita menyebut "In-sya-Allah":

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "In-sya-Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". (Surah Al-Kahfi: 23-24)

Mungkin kamu kurang mengetahui isu-isu ini, tetapi itu tidak penting. Untuk membolehkan kamu mengenal Allah, apa yang perlu kamu lakukan ialah melihat sekeliling kamu dan berfikir.

Di mana sahaja terdapat keindahan yang menunjukkan kita ketinggian dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas. Fikirkan tentang seekor arnab putih yang cantik, senyuman seekor ikan lumba-lumba, keindahan warna kepak rama-rama atau biru warna laut, kehijauan hutan, berbagai jenis bunga dan banyak lagi keindahan alam ini yang tidak terhitung. Allah telah menjadikan semua ini. Allah telah menjadikan seluruh alam yang kamu saksikan – dunia ini dan makhluk-makhluk di dalamnya – daripada tiada. Oleh itu, dengan melihat keindahan yang dijadikan-Nya, kamu dapat melihat kekuasaan-Nya yang tidak terbatas.

Telah nyata bahawa kewujudan kita adalah bukti kepada kewujudan Allah. Jadi mari kita fikirkan tentang kewujudan kita dan bagaimana Allah telah menjadikan kita dengan begitu sempurna.

Kewujudan Manusia

Pernahkah kamu terfikir bagaimana manusia wujud? Kamu mungkin akan berkata, "Setiap orang mempunyai ibu bapa". Tetapi jawapan tersebut tidak tepat. Tambahan pula ia tidak menjelaskan kewujudan ibu bapa pertama – manusia pertama -. Kamu mungkin pernah mendengar cerita-cerita tentang subjek ini di sekolah atau orang-orang di sekeliling kamu. Jawapan yang tepat ialah, Allah telah menjadikan kamu. Kita akan mengkaji isu ini dengan lebih terperinci di dalam bab-bab berikutnya. Terdapat satu perkara yang perlu kita ketahui: Manusia pertama wujud di muka bumi ini ialah Nabi Adam alaihis-salam. Semua manusia berasal daripadanya.

Adam (A.S), juga seperti kita, seorang manusia yang berjalan, bercakap, bersembahyang dan menyembah Allah. Allah telah menjadikannya diikuti dengan isterinya. Kemudian anak-anak mereka tersebar ke seluruh dunia.

Çizgi filmler

Jika kanak-kanak di dalam gambar menyatakan, "Gambar saya ini telah dilukis oleh dakwat yang tumpah di atas sekeping kertas secara tidak sengaja", sungguh ganjil, kerana kita mengetahui seorang artis telah melukisnya. Begitu juga, manusia itu aneh jika dia tidak menerima Allah telah menjadikannya.

Jangan lupa Allah hanya perlu mengeluarkan arahan untuk mencipta. Apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia mengeluarkan arahan "Jadi!" maka jadilah. Dia mempunyai kekuasaan untuk melakukan apa sahaja. Contohnya dia menjadikan Adam daripada tanah. Ia mudah bagi Allah.

Bagaimanapun, terdapat mereka yang menafikan kewujudan Allah. Mereka memberikan jawapan berbeza tentang kewujudan manusia. Mereka tidak mencari kebenaran.

Jika satu watak kartun berkata, "Saya terbentuk kerana dakwat tertumpah di atas kertas secara tidak sengaja. Cat juga telah tertumpah secara kebetulan dan membentuk warna. Dengan kata lain, saya tidak perlukan sesiapa pun untuk melukis gambar saya atau membentuk saya. Saya dapat wujud sendiri, secara kebetulan", kamu tentu tidak akan menghiraukannya. Kamu mengetahui garisan sempurna, warna dan aksi-aksi kartun tidak dapat terbentuk dengan tumpahan cat secara rawak, kerana tumpahan sebotol dakwat hanya akan menghasilkan kotoran; ia tidak mungkin membentuk sebuah gambar yang baik. Untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna, seseorang perlu memikirkannya, merekanya dan kemudian melukisnya.

Untuk memahaminya, kamu tidak perlu berjumpa dengan artis atau pelukis. Kamu dapat mengerti dengan sendirinya bahawa kartunis telah memberikan watak-watak ini perwatakannya, bentuk dan warna, dan kebolehan bercakap, berjalan atau melompat.

Selepas contoh ini, fikirkan dengan serius perkara berikut; seorang yang tidak menerima bahawa Allah telah menjadikannya juga sebenarnya berbohong, seperti watak kartun tersebut.

Sekarang andaikan seorang lelaki bercakap dengan kita. Mari kita lihat bagaimana lelaki ini menjelaskan bagaimana dia dan semua manusia lain wujud:

"Saya, ibu bapa saya, ibu bapa mereka dan ibu bapa pertama pernah wujud telah wujud secara kebetulan. Kebetulan telah menjadikan tubuh badan kita, mata, telinga dan semua organ".

Kata-kata lelaki ini, yang menafikan bahawa Allah telah menjadikannya, adalah mirip dengan kata-kata watak kartun tersebut. Perbezaannya hanya watak tersebut terbentuk daripada garisan-garisan dan warna di atas kertas. Lelaki yang menuturkan perkataan ini pula terbentuk daripada sel-sel. Tapi apa bezaanya? Bukankah lelaki yang menuturkan perkataan ini adalah organisma kompleks yang lebih sempurna daripada watak kartun? Bukankah dia mempunyai organ-organ lebih? Dengan kata lain, jika mustahil watak kartun ini wujud secara kebetulan, sudah tentu lebih mustahil untuk lelaki ini terbentuk secara kebetulan. Sekarang kita soal lelaki ini beberapa soalan:

"Kamu mempunyai tubuh baik yang dapat berfungsi dengan sempurna. Tangan kamu dapat memegang objek dengan kemas – lebih baik daripada mesin-mesin moden. Kamu dapat berlari dengan kaki kamu. Kamu mempunyai penglihatan yang sempurna, lebih tajam daripada kamera paling berkualiti. Kamu tidak pernah mendengar bunyi desisan di dalam telinga kamu; tidak ada hi-fi yang dapat menghasilkan bunyi sebaik ini. Banyak organ bekerja bersama tanpa kamu sedari untuk membolehkan kamu hidup. Contohnya, walaupun kamu tidak dapat mengawal fungsi jantung kamu, buah pinggang atau hati, mereka beroperasi berterusan dengan sempurna. Hari ini, beratus-ratus pakar sains dan jurutera berusaha mereka mesin yang serupa dengan organ-organ ini. Tetapi mereka tidak berjaya. Dengan kata lain, kamu adalah makhluk sempurna, yang tidak dapat dihasilkan oleh manusia. Apa pandangan kamu?

Çizgi filmler

Everyone knows that a cartoonist drew all the attributes of cartoon characters, their shapes, colours, and their faculties such as walking, running and jumping.

Lelaki yang menafikan bahawa Allah telah menjadikan semua benda akan berkata:

"Saya juga mengetahui kita mempunyai tubuh badan yang sempurna dan organ-organ yang lengkap. Tetapi saya percaya seperti berikut: atom-atom mati telah bercantum secara kebetulan untuk membentuk organ-organ dan tubuh kita".

Semua organ robot berteknologi tinggi masih kelihatan kasar dan primitif berbanding dengan organ manusia. Allah menjadikan manusia dengan sempurna dan setiap inci tubuh manusia membuktikannya

Kamu pasti dapat mengesan betapa kata-kata ini tidak rasional dan aneh. Tidak kira berapa pun umurnya dan apa pun pekerjaannya, seseorang yang mendakwa sedemikian sudah tentu gagal berfikir dengan sempurna dan mempunyai idea yang salah. Mengejutkan, ramai pula yang mempercayai pemikiran tidak rasional ini.

Sedangkan mesin yang paling ringkas pun mempunyai penciptanya, sebuah sistem kompleks seperti manusia tidak mungkin dapat wujud secara kebetulan. Tidak dapat dinafikan, Allah telah menjadikan manusia pertama. Allah juga menjadikan sistem di dalam badan manusia pertama ini untuk membolehkannya membiak dan mewujudkan generasi pengganti. Allah menjamin bangsa manusia akan berterusan dengan satu program yang dimasukkan ke dalam sel. Kita wujud kini kerana program yang Allah jadikan ini dan terus berkembang. Apa yang akan kamu baca tentang subjek ini di dalam halaman-halaman berikut akan dapat memberikan kamu kefahaman yang lebih baik tentang kenyataan bahawa Allah. Pencipta kita, mempunyai kekuasaan dan kebijaksanaan yang tidak terbatas.

meyveler

Mata kita dapat melihat lebih terang daripada kamera paling sensitif, telinga kita dapat mendengar lebih jelas daripada mikrofon dan sistem stereo terbaik. Tidak diragukan sifat-sifat hebat tubuh kita tidak mungkin wujud secara spontan. Semua sistem-sistem hebat di dalam tubuh kita, Allahlah yang telah menjadikannya.

Program Sempurna di Dalam Tubuh Kita

kum saati

Bersesuaian dengan program yang Allah tempatkan di dalam tubuh kita, kita membesar perlahan-lahan. Seorang bayi baru lahir tiba-tiba berubah menjadi seorang tua dalam sekelip mata, sudah tentu ia mengejutkan kita.

Di dalam halaman lepas, kami telah menyebutkan tentang satu program sempurna yang Allah masukkan ke dalam tubuh manusia. Terima kasih kepada program ini, setiap manusia mempunyai mata, telinga, tangan dan gigi. Sekali lagi terima kasih tentang program ini, walaupun berbeza dari segi penampilan, tetapi secara kasarnya semua manusia adalah serupa. Kita mirip dengan ahli keluarga kita, dan orang lain pula mempunyai karakter khas disebabkan oleh program ini. Contohnya, orang Cina dan Jepun secara kasarnya adalah mirip di antara satu sama lain, dan orang Afrika pula mempunyai warna kulit, raut muka, struktur mulut dan mata yang unik.

Sekarang kita jelaskan program ini dengan contoh berikut:

Kamu perlu tahu bagaimana komputer beroperasi. Seorang pakar mereka bentuk komputer. Pakar-pakar di dalam kilang khas dengan bantuan teknologi-teknologi canggih juga menghasilkan komponen-komponen pelengkap seperti pemeroses mikro, monitor, papan kekunci, CD, pengeras suara dan lain-lain. Sekarang kamu mempunyai sebuah mesin yang mampu memproses operasi kompleks. Kamu boleh bermain permainan atau menulis apa sahaja yang kamu kehendaki. Tetapi untuk melakukannya kamu perlukan perisian yang dikenali sebagai "program". Tanpa program-program, yang disediakan khas oleh pakar, komputer kamu tidak akan dapat beroperasi.

Tambahan pula, kita tahu tidak semua program serasi dengan semua komputer, ini bererti pemprogram mesti mengetahui komputer dan perisian yang serasi dengannya. Seperti yang kita lihat, seseorang itu memerlukan sebuah mesin dan satu program tertentu untuk menghidupkan sebuah komputer. Jika tiada siapa yang mencipta dan mengeluarkan semua benda-benda ini, komputer kamu tidak akan dapat berfungsi.

Tubuh manusia adalah seperti sebuah komputer. Seperti yang kami sebutkan sebelum ini, terdapat satu program di dalam sel yang menyebabkan kewujudan kita. Persoalannya ialah bagaimana program ini wujud? Jawapannya amat jelas:

Çizgi filmler

Untuk membolehkan sebuah komputer beroperasi, perisian yang dikenali sebagai “program” diperlukan. Seorang manusia dapat hidup disebabkan oleh maklumat yang sama seperti perisian yang Allah tempatkannya di dalam gen-gen kita

Allah, Yang Maha Kuasa telah menjadikan manusia dengan begitu istimewa. Allahlah yang telah menjadikan tubuh kita sebagaimana Dia menjadikan program yang membentuknya.

Tetapi jangan tersilap. Dari segi lain, adalah mustahil untuk membandingkan tubuh manusia dengan sebuah komputer. Tubuh kita lebih hebat daripada komputer paling canggih. Contohnya, otak kita sahaja adalah jauh lebih kompleks daripada sebuah komputer.

Çizgi filmler

Tubuh manusia mempunyai sistem yang jauh lebih kompleks daripada sebuah komputer. Walaupun tiada siapa yang mendakwa komputer ini wujud secara kebetulan, tetapi sebahagian manusia mendakwa tubuh kita memiliki ciri-ciri ini secara kebetulan

vücut

Prije svega, u stomaku tvoje mame bude jedna mala ćelija koja se vremenom razmnožava i oblikuje se.

Tvoja visina, boja očiju, obrve, oblik ruku i hiljade drugih osobina su već predodređene u prvom momentu tvog nastanka. Sve ove informacije su pohranjene u savršenom programu koje je Allah upisao u tvoje ćelije. Taj program je tako složen i savršen da su naučnici tek nedavno počeli otkrivati način na koji ovaj program radi.

Sekarang mari kita lihat bagaimana seorang bayi dilahirkan ke dunia ini:

Pada mulanya, hanya ada secebis daging di dalam rahim ibu kamu. Tidak berapa lama kemudian, cebisan daging ini berkembang dan mula berbentuk.

Ketinggian kamu, warna mata kamu, kening kamu, bentuk tangan kamu dan berbagai sifat lagi telah dikodkan sejak awal kewujudan kamu. Semua maklumat ini disimpan di dalam program yang Allah tempatkan di dalam sel. Program ini begitu sempurna dan lengkap sehinggakan para ahli sains hanya mutakhir ini hampir memahami bagaimana ia beroperasi.

meyveler

Warna mata kita atau ketinggian kita sebagai orang dewasa telah diketahui sejak di dalam rahim ibu kita lagi. Tulang kita, otot, kepala, mata dan telinga terbentuk pada tempat yang betul dan dalam keadaan yang baik. Tidak satu pun organ kita melakukan kesilapan dan berada di tempat organ lain

Bersesuaian dengan program yang Allah tempatkan di dalam badan kita, kita membesar perlahan-lahan. Kerana itulah, tumbesaran tubuh kita tidak kelihatan ganjil kepada kita. Kita memerlukan masa bertahun-tahun untuk membesar. Kita pasti akan terkejut jika program ini berjalan pantas. Seorang bayi baru lahir tiba-tiba berubah menjadi seorang tua di dalam sekelip mata, sudah tentu ini amat memeranjatkan.

Çizgi filmler

Selain daripada perbezaan wajah di antara bangsa-bangsa, setiap orang berkongsi beberapa sifat asas yang tidak berubah, mulut, hidung, mata dan telinga. Disebabkan program-program berbeza yang Allah masukkan ke dalam tubuh manusia, setiap orang mempunyai karakter asas yang sama, walaupun wajah mereka kelihatan berbeza.

Bagaimana Hidupan Lain Wujud?

Manusia bukan satu-satunya makhluk yang wujud di atas muka bumi ini. Terdapat beribu-ribu hidupan lain, sebahagiannya kamu mengenalinya dan sebahagian yang lain tidak. Sebahagiannya berada di sekeliling kamu; kamu dapat melihatnya di merata tempat. Sementara, sebahagian yang lain berada jauh daripada kamu sehingga kamu hanya berpeluang melihatnya di dalam buku atau filem. Tetapi apabila kita meneliti semua hidupan ini, terdapat satu persamaan sifat. Dapatkah kamu meneka apakah sifat tersebut: Kami menggelarnya "keserasian". Sekarang, mari kita sebutkan keserasian hidupan ini. Mereka serasi dengan:

• Persekitaran tempat tinggal mereka

• Hidupan lain yang hidup bersama mereka

• Elemen-elemen yang mengekalkan keseimbangan semula jadi

• Faktor-faktor yang memberi faedah kepada manusia

Anemon balığı

Allah je stvorio živa bića tako da oni mogu nesmetano živjeti u svojoj okolini. Ribe mogu disati u vodi, ptice znaju letjeti, a sisari su prolagođeni zemlji

Sebelum meneruskannya, mari kita ambil satu contoh untuk menjelaskan pengertian "keserasian". Fikirkan tentang plag dan soket di rumah kamu. Ia amat serasi antara satu sama lain. Tetapi bagaimana kamu mengetahui ia serasi di antara satu sama lain? Kerana lubang di soket bersesuaian dengan cabang plag. Apakah ini memadai? Lebar cabang plag adalah sama dengan lebar lubang soket. Jika tidak, plag tersebut tidak akan muat dengan lubang soket. Jarak di antara cabang plag dan lubang soket juga perlu sama. Jika tidak, plag tidak akan dapat masuk ke dalam soket. Tetapi ciri-ciri ini sahaja tidak memadai untuk mendapatkan keserasian plag dan soket. Jika plag terlalu panjang, sudah tentu tidak ada keserasian. Jika cabang plag bukan bahan logam, sudah tentu ia gagal mengalirkan arus elektrik di dalam soket. Jika plag pula tidak diperbuat daripada plastik, setiap kali kamu memegangnya, kamu akan terkena kejutan elektrik. Jadi, ketidakserasian di dalam alatan yang ringkas sekali pun boleh menyebabkan ia gagal berfungsi. Ini bererti orang yang sama telah membuat plag dan soket tersebut. Dan dia menciptanya serasi di antara satu sama lain. Dia membuatkannya berfungsi. Sudah tentu mustahil untuk logam dan plastik bercantum secara kebetulan dan mereka merancang bersendiri secara berasingan daripada satu sama lain, kerana jika ini berlaku kamu tidak akan menemui satu soket dan plag yang serasi.

Bal arıları

Lebah membawa debunga dari bunga yang dihinggapinya ke bunga lain. Proses ini membantu pembiakan bunga. Begitu juga, ikan pembersih, membersihkan ikan- ikan besar.

Keserasian hidupan adalah jauh lebih rumit daripada keserasian soket dan plag, kerana hidupan mengandungi beribu-ribu sistem dan organ yang perlu wujud bersama secara harmoni dan bekerja bersama dengan baik. Jika hendak dicatatkan sistem-sistem ini satu persatu, ia akan memenuhi sebuah perpustakaan yang mempunyai beratus-ratus buku. Oleh itu, di halaman berikutnya kami akan memperkatakan secara ringkas kesempurnaan sifat-sifat hidupan yang Allah jadikan ini:

-Hidupan Serasi Dengan Persekitaran Tempat Tinggal Mereka

Setiap hidupan, sama ada di darat atau di udara, adalah amat serasi dengan habitatnya. Begitulah mereka dijadikan. Berbagai sistem yang sempurna menjamin makanan, pelindungan dan pembiakan hidupan. Dengan kata lain, semua hidupan dijadikan bersesuaian dengan habitatnya.

Organ-organ dan cara hidup hidupan ini juga amat serasi dengan keadaan persekitaran mereka. Contohnya, burung mempunyai sayap sempurna untuk terbang. Ikan mempunyai insang khas untuk bernafas di dalam air. Jika ia mempunyai paru-paru seperti kita pasti ia telah lemas.

Bal arıları

Postoji ravnoteža u stvaranju živih bića u prirodi. Zahvaljujući ovoj ravnoteži, mnoge vrste preživljavaju milionima godina

- Hidupan Juga Serasi Dengan Hidupan Lain Yang Hidup Bersama Mereka

Sesetengah burung dan serangga membantu pembiakan tumbuh-tumbuhan. Ini bererti, walaupun mereka tidak menyedarinya, mereka telah membantu tumbesaran tumbuhan. Contohnya, apabila seekor lebah hinggap dari satu bunga ke satu bunga yang lain, ia membawa bersamanya debunga. Terima kasih kepada proses ini, tumbuhan dapat membiak. Dalam keadaan lain pula, haiwan melakukan sesuatu yang memberi faedah kepada haiwan lain. Ikan pembersih misalnya, membersihkan organisma mikro daripada kulit ikan-ikan besar dan ia membentuk asas kesihatan yang baik kepada mereka. Ini satu lagi bentuk keserasian.

- Hidupan Serasi Dengan Elemen-Elemen Yang Mengawal Keseimbangan Alam Semula Jadi

Tidak ada hidupan, kecuali manusia, yang mengganggu keseimbangan alam semula jadi. Tambahan pula, mereka dijadikan dengan sifat-sifat yang dapat mengekalkan keseimbangan tersebut. Tetapi keseimbangan alam sering tergugat oleh sifat tidak bertanggungjawab manusia. Contohnya, jika manusia memburu satu spesies haiwan melampaui had keperluan, spesies tersebut akan pupus. Kepupusan spesies ini menyebabkan mangsanya meningkat ke angka yang terlalu banyak, yang lama kelamaan akan membahayakan kehidupan manusia dan alam itu sendiri. Jadi, terdapat keseimbangan semula jadi di dalam ciptaan hidupan. Ia serasi dengan keseimbangan alam, tetapi hanya manusia yang mempunyai potensi untuk memusnahkan keseimbangan ini.

Bal arıları

Kita memerlukan zat-zat seperti daging, susu, telur, ayam, madu, sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Banyak sumber asas zat-zat ini adalah anugerah Allah yang dijadikannya untuk kita, sebagai balasan apa yang perlu kita lakukan ialah bersyukur kepada-Nya

- Hidupan Serasi Dengan Faktor-Faktor Yang Memberi Faedah Kepada Manusia

Contohnya, fikirkan tentang khasiat madu kepada kamu. Bagaimana lebah tahu kamu memerlukan zat seperti itu, dan bagaimana mereka menghasilkannya? Dapatkah seekor ayam, lembu atau kambing biri-biri mengetahui zat-zat yang diperlukan manusia dan menghasilkan zat-zat sempurna untuk memenuhi keperluan tersebut? Sudah tentu tidak.

Keharmonian menakjubkan di antara hidupan-hidupan ini merupakan bukti jelas bahawa ada Pencipta yang telah menjadikan mereka. Terima kasih kepada ciptaan sempurna Allah yang menyebabkan keseimbangan ini di bumi.

Pencipta Alam Semesta

Kami telah menerangkan bagaimana Allah menjadikan alam semesta. Sekarang, masanya untuk mengkaji alam ini keseluruhannya. Allah juga menjadikan alam semesta ini di mana kamu, bumi ini, matahari, sistem solar, planet-planet, bintang-bintang, galaksi-galaksi dan semua benda wujud.

Bal arıları

emua bersetuju bandar moden dan maju di dalam gambar ini tidak mungkin dapat terbentuk secara tidak sengaja dan sudah tentu ia direka dan dibina oleh jurubina-jurubina, jurutera-jurutera dan pembina-pembina mahir. Siapapun tidak dapat mendakwa sebaliknya.

Bagaimanapun, sebagaimana terdapatnya mereka yang menentang fakta penciptaan hidupan, terdapat juga mereka yang menolak kenyataan bahawa alam ini telah dijadikan. Mereka mendakwa alam ini muncul secara spontan. Mereka juga mendakwa ia memang telah sedia wujud. Tetapi mereka tidak pernah mengemukakan penjelasan untuk dakwaan yang tidak rasional ini. Dakwaan mereka mirip seperti contoh berikut: Bayangkan kamu telah belayar suatu hari dan telah tiba ke pantai sebuah pulau. Apa yang akan kamu fikirkan jika kamu menemui sebuah bandar moden, dilengkapi dengan bangunan-bangunan pencakar langit, dikelilingi oleh taman-taman indah dan tumbuh-tumbuhan menghijau? Bandar ini juga dilengkapi dengan teater-teater, restoran-restoran dan landasan kereta api. Pasti kamu akan fikir bandar ini telah dirancang dan dibina oleh orang-orang yang bijak, bukankah begitu? Apa pula fikiran kamu jika seseorang menyatakan, "Tiada siapa membina bandar ini. Ia telah sedia wujud, dan tidak berapa lama dahulu kami datang dan menghuninya. Di sini kami menemui semua keperluan kami, dan ia wujud secara spontan"?

meyveler

(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi…(Al-An'am: 101)

Cakerawala yang kita huni ini adalah jauh lebih besar daripada bandar yang kita lihat di dalam halaman lepas. Ia juga mempunyai struktur-struktur yang lebih hebat daripada sebuah bandar.

Dalam keadaan ini, bolehkah kita katakan bahawa cakerawala ini tidak dijadikan dan ia telah terbentuk secara spontan? Dakwaan seperti ini kedengaran amat janggal. Allahlah yang menjadikan aturan dalam rekaan alam ini.

Sudah tentu kamu yakin dia tidak siuman, atau kamu fikir dia sebenarnya tidak tahu apa yang dikatakannya. Tetapi jangan lupa alam yang kita huni ini adalah jauh lebih besar daripada bandar tersebut. Cakerawala ini mempunyai sejumlah planet-planet, bintang-bintang, komet-komet dan berbagai jenis satelit yang tidak terkira banyaknya. Dalam keadaan ini, dakwaan seseorang yang menyatakan alam yang serba sempurna ini tidak dijadikan tetapi telah sedia wujud, masih tidak berjawab. Apakah kamu bersetuju?

Selepas membaca bahagian bawah ini, kamu sendiri akan dapat memberikan jawapan yang terbaik. Sekarang, mari kita kembangkan perbincangan kita kepada subjek penciptaan alam semesta dan simpan dahulu jawapan ini sehingga ke akhir.

- Segalanya Mula Terbentuk Di Dalam Letupan Besar

Ketika manusia tidak mempunyai teleskop untuk memerhati langit, mereka mempunyai maklumat yang amat sedikit dan tidak kukuh tentang cakerawala yang jauh ini, mereka mempunyai pendapat berbeza tentangnya. Dengan kemajuan teknologi, mereka telah memperolehi maklumat lebih terperinci tentang angkasa. Pada pertengahan abad ke-20, mereka telah menemui sesuatu yang amat penting. Cakerawala ini mempunyai tarikh lahir, ini bererti ia tidak sedia wujud. Cakerawala ini – dengan kata lain, bintang-bintang, planet-planet dan galaksi-galaksi – mula terbentuk pada satu tarikh tertentu. Pakar sains menganggarkan umur alam ini ialah 15 ribu juta tahun.

Bal arıları

eperti mana titik-titik kecil yang dilukis di atas sebiji belon akan bergerak daripada satu sama lain apabila belon berkembang, benda-benda angkasa juga bergerak daripada satu sama lain kesan daripada letupan Big Bang.

Mereka menamakan detik ketika cakerawala ini terbentuk sebagai "Big Bang", kerana 15 ribu juta tahun dahulu ketika tiada suatu pun wujud, tiba-tiba sahaja segalanya terbentuk dengan satu letupan dari satu titik. Kesimpulannya, jirim dan cakerawala ini, yang didakwa sebagai telah sedia wujud, sebenarnya mempunyai permulaan. Pada peringkat ini, satu persoalan timbul, "Bagaimana mereka tahu ia mempunyai permulaan"? Mudah sahaja; Jirim yang berselerak dan bergerak daripada unsur jirim lain dengan letupan besar, masih bergerak. Fikirkan sejenak! Cakerawala ini terus berkembang sehingga sekarang. Bayangkan cakerawala ini sebagai sebiji belon. Jika kita lukis dua titik kecil di atas belon ini, apa berlaku apabila kamu meniupnya? Titik-titik di atas belon akan bergerak daripada satu sama lain ketika belon itu berkembang dan keluasannya bertambah. Seperti keadaan belon, keluasan cakerawala ini juga bertambah, dan setiap benda di dalamnya akan bergerak daripada satu sama lain. Dengan kata lain, jarak di antara bintang-bintang, galaksi-galaksi, bintang-bintang dan meteor-meteor berkembang secara berterusan.

Çizgi filmler

Jika kamu bayangkan letupan alam ini sebagai sebuah filem, apabila kamu undurkan imej-imej ini kembali kepada permulaannya, kamu akan dapati permulaannya adalah satu titik sahaja

Bayangkan kamu menyaksikan letupan alam ini di dalam sebuah cerita kartun. Bagaimanakah bentuk alam ini jika kita mengundurkan filem tersebut ke belakang hingga kepada permulaannya? Bukankah ia akan mengecut ke satu titik sahaja? Demikianlah yang dilakukan oleh para ahli sains. Mereka kembali kepada permulaan dan menyedari bahawa alam yang berkembang secara berterusan ini sebenarnya berasal daripada satu titik.

Letupan ini, yang digelar Big Bang, menjadi titik permulaan kewujudan yang Allah tetapkan bagi "alam" ini. Dengan letupan ini, Allah menjadikan zarah-zarah yang menjadikan cakerawala ini, dan dengan itu jirim pun terbentuk. Ia berselerak dengan kelajuan yang menakjubkan. Pada saat-saat awal letupan tersebut, keadaannya adalah seperti sup jirim yang diperbuat daripada berbagai zarah. Tetapi kemudian serakan ini mula berubah menjadi struktur tersusun. Allah menjadikan atom daripada unsur-unsur ini, dan kemudian membentuk bintang-bintang dengan atom. Dan Allah membentuk seluruh cakerawala ini dan setiap apa yang ada di dalamnya.

Mari kita lihat satu contoh untuk menjelaskan perkara ini:

Fikirkan tentang sebuah kawasan yang luas. Ia tidak terbatas. Hanya terdapat semangkuk cat di dalamnya. Tidak wujud benda lain. Di dalam mangkuk ini, semua jenis cat bercampur aduk, membentuk sejenis warna luar biasa. Bayangkan sebiji bom meletup di dalam mangkuk ini, kesannya cat-cat ini berselerak ke serata tempat membentuk bintik-bintik kecil. Bayangkan semua bintik-bintik kecil ini bergerak ke setiap arah di dalam ruang ini. Sementara itu, di dalam perjalanan bintik-bintik kecil ini, perkara aneh mula berlaku. Ia tidak membentuk kekotoran dan akhirnya hilang, sebaliknya mula bertindak balas seolah-olah mereka adalah hidupan berakal. Titisan yang asalnya terbentuk daripada campuran warna mula mengasingkan diri mengikut warna masing-masing. Warna biru, kuning, merah dan semua titisan dari kumpulan warna yang sama berkumpul dan terus bergerak. Kemudian berlaku lagi perkara aneh: Lima ratus titisan biru bergabung dan, di dalam bentuk titisan yang lebih besar ia meneruskan perjalanannya. Pada masa yang sama, tiga ratus titisan merah di satu sudut dan dua ratus titisan kuning bergabung dan terus berselerak bersama. Kumpulan-kumpulan warna yang berbeza ini bergerak daripada satu sama lain dan membentuk imej-imej yang cantik, seolah-olah ia berlaku dengan arahan seseorang.

evren

Cat-cat di dalam mangkuk berselerakan hasil daripada satu letupan. Bolehkah titisan-titisan cat yang berkecamuk ini berkumpul secara spontan dan membentuk gambar yang kita lihat di angkasa? Pembentukan spontan sebuah gambar seperti ini adalah mustahil. Mendakwa alam ini terbentuk secara kebetulan adalah lebih tidak logik daripada mendakwa pembentukan spontan gambar ini.

Sebahagian titisan ini bergabung membentuk imej bintang-bintang, sebahagian yang lain membentuk gambar matahari, dan yang lain pula membentuk planet-planet di sekeliling matahari. Kumpulan titisan yang lain pula membentuk imej bumi, sementara yang lain pula membentuk bulan. Jika kamu melihat imej seperti ini apakah kamu akan menduga satu letupan di dalam sebiji mangkuk cat telah membentuk gambar ini secara tidak sengaja? Siapapun tidak akan berfikiran demikian.

Seperti mana kisah titisan cat ini, jirim juga bergabung dan membentuk gambar sempurna yang kita lihat apabila kita mendongakkan kepala ke langit, dengan kata lain, bintang-bintang, matahari dan planet-planet. Tetapi bolehkah ia berlaku dengan sendirinya?

Bagaimana bintang-bintang di langit, planet-planet, matahari, bulan dan bumi dapat wujud hasil daripada atom-atom yang bercantum secara tidak sengaja selepas satu letupan? Bagaimana pula dengan ibu, bapa, kawan-kawan atau burung, kucing, pisang dan strawberi...? Sudah tentu ia tidak mungkin berlaku. Pendapat seperti ini memang tidak masuk akal, sama juga dakwaan rumah tidak dibina oleh pekerja, tetapi ia terbentuk oleh kehendak bebas jubin-jubin dan batu bata, dan secara kebetulan. Kita sedia maklum batu bata yang berselerak disebabkan oleh satu letupan bom tidak akan membentuk pondok-pondok kecil. Ia berkecai menjadi batu dan tanah dan, lama kelamaan, ia bercampur kembali dengan bumi.

Tetapi satu perkara yang perlu diberi perhatian. Seperti yang kamu tahu, titisan cat adalah benda tidak bernyawa dan berakal. Adalah mustahil untuk titisan-titisan cat dapat bercantum secara spontan dan membentuk gambar-gambar. Tetapi, di sini kita sedang memperkatakan tentang pembentukan benda hidup dan berakal. Adalah terlalu mustahil hidupan seperti manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan dapat muncul daripada benda hidup melalui kebarangkalian rawak.

Untuk memahaminya dengan lebih baik, perhatikan tubuh kita. Ia terdiri daripada molekul-molekul halus yang tidak nampak oleh mata, seperti protein, lemak dan air... Ia membentuk sel, dan sel-sel membentuk tubuh kita. Aturan sempurna di dalam badan kita ini adalah hasil rekaan istimewa. Allah menjadikan mata kita yang dapat melihat, tangan kita yang memegang buku ini dan kaki yang membolehkan kita berjalan. Allah menetapkan bagaimana kita dapat berkembang di dalam rahim ibu kita, ketinggian kita dan warna mata kita.

Çocuklar

Allah Menjadikan Segalanya

Jika kamu masih ingat, pada permulaan buku ini kita mencari jawapan yang tepat untuk diberikan kepada orang yang tidak beriman. Sekarang kamu telah pun mempunyai jawapannya. Letupan tidak membentuk lukisan yang baik, tetapi ia hanya akan merosakkannya. Aturan yang berlaku selepas letupan cakerawala ini adalah lebih sempurna daripada contoh-contoh yang kami kemukakan – sebuah bandar besar atau semangkuk cat. Semuanya ini tidak boleh berlaku secara kebetulan.

Sistem yang sempurna ini hanya dapat dilakukan oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Allah mampu menjadikan apa sahaja. Dia hanya perlu berkata "Jadi" maka jadilah ia.

Allah telah menjadikan dunia yang indah di dalam cakerawala yang sempurna untuk kita, dan dia menjadikan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan di dalamnya. Dia menjadikan matahari untuk memancarkan cahaya dan memanaskan kita. Meletakkan jarak yang paling sesuai di antara matahari dan bumi, hinggakan jika ia dekat sedikit, dunia kita akan menjadi terlalu panas dan jika ia jauh sedikit sahaja, kita semua akan menjadi beku.

Apabila para ahli sains berjaya menyingkap lebih banyak fakta-fakta ini, kita dapat mengetahui kekuasaan Allah dengan lebih baik. Kerana jirim tidak dapat membuat keputusan atau melaksanakannya. Ini bererti terdapat Pencipta yang mereka dan menjadikan alam semesta ini. Jirim, yang merupakan unsur asas bintang, manusia, haiwan, tumbuhan dan segalanya, sama ada benda hidup atau mati, semuanya berada di bawah kawalan Allah. Kerana itulah, segala benda di dunia ini berada di dalam keadaan tersusun. Kerana semuanya dijadikan Allah, Yang Mencipta dan Merekabentuk.

Allah Menjadikan Setiap Manusia Dengan Takdirnya

Senaryo

Setiap apa yang dialami oleh seorang manusia dari saat kelahiran sehingga kematiannya telah ditetapkan oleh takdir. Kamu boleh fikirkannya seperti segulung filem. Jika kita mengambil segulung filem dan melihatnya pada jarak tertentu, kita dapat melihat permulaan, pertengahan dan akhir peristiwa pada masa yang sama.

Pada permulaan buku ini, kita mengetahui Allah telah menjadikan Nabi Adam (a.s.). Semua manusia adalah keturunannya. Allah telah menganugerahkan kehidupan manusia di dunia ini untuk menguji mereka, dan mengutus mereka rasul-rasul untuk menyampaikan tanggungjawab mereka.

Setiap orang diuji di dunia ini dengan peristiwa yang dialaminya. Dengan kata lain, kita diuji dengan tindakbalas kita terhadap kejadian yang menimpa kita, cara kita bercakap dan kesetiaan kita berhadapan dengan kesukaran. Ringkasnya, bagaimana kita mengawal diri kita dengan betul. Ujian ini akan memberi kesan kepada kehidupan kita selepas kita mati.

Tetapi ujian di dunia ini mempunyai satu rahsia penting. Sebagai rahmat dan kesenangan kepada manusia, Allah menjadikan takdir. Takdir, bererti, setiap kejadian yang dialami seseorang sepanjang hidupnya, telah ditetapkan oleh Allah sebelum dia dilahirkan lagi. Bagi setiap individu, Allah memberikan takdir mereka yang unik.

Untuk memahaminya dengan lebih baik, kita samakannya dengan sebuah filem yang dirakam di dalam sebuah kaset video. Permulaan dan kesudahan filem ini telah diketahui, tetapi kita hanya mengetahuinya selepas menontonnya. Begitu juga dengan takdir. Setiap perkara yang dilakukan oleh seseorang sepanjang hayatnya, setiap peristiwa yang akan dihadapinya, sekolah-sekolah yang akan dimasukinya, rumah-rumah yang akan didiaminya, dan saat kematiannya, semuanya telah ditetapkan.

Setiap peristiwa yang berlaku kepada seseorang itu, samaada ujian baik atau buruk, telah ditetapkan di dalam pengetahuan Allah. Setiap manusia akan diuji berdasarkan kepada senario-senario yang telah ditulis untuknya. Kesimpulannya, bersesuaian dengan senario-senario ini, manusia melalui satu siri kejadian-kejadian, dan keyakinan, dan kemudian tindakannya, begitu juga dengan reaksinya terhadap peristiwa-peristiwa ini, semuanya akan menentukan kehidupannya di akhirat kelak.

Kefahaman tentang takdir adalah suatu rahmat kepada manusia. Ia adalah anugerah Allah. Kerana itu, tidak perlu untuk manusia menyesal terhadap peristiwa-peristiwa yang telahpun ditakdirkan atau merasa bimbang peristiwa-peristiwa yang tidak kamu senangi. Bagi mereka yang sabar berhadapan dengan cubaan-cubaan ini, menyedari tidak ada sesuatupun yang akan berlaku tanpa pengetahuan Allah, Allah memberikan berita gembira tentang syurga. Rasul-rasul Allah memberikan contoh yang baik di dalam keadaan ini. Allah memberikan manusia berita gembira tentang syurga di atas keimanan mereka dan pekerti yang mulia.

Çocuklar