logo HARUN YAHYA

Al-Insyiqaaq - AL-QURAN - Harun Yahya

  • 1. Apabila langit terbelah,
  • 2. Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
  • 3. Dan apabila bumi diratakan,
  • 4. Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
  • 5. Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
  • 6. Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
  • 7. Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
  • 8. Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
  • 9. Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
  • 10. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
  • 11. Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
  • 12. Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
  • 13. Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
  • 14. Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
  • 15. (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
  • 16. Maka Aku bersumpah, demi mega;
  • 17. Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
  • 18. Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
  • 19. Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
  • 20. Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
  • 21. Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
  • 22. (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
  • 23. Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
  • 24. Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
  • 25. Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.
KONGSI
Facebook
X
WhatsApp
Telegram
QR Code
QR Code