logo HARUN YAHYA

Az-Zalzalah - AL-QURAN - Harun Yahya

  • 1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
  • 2. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
  • 3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
  • 4. Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
  • 5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
  • 6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
  • 7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
  • 8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
KONGSI
Facebook
X
WhatsApp
Telegram
QR Code
QR Code